Kalau di dapur, memang wajib ada span pencuci pinggan mangkuk kan? Sudah semestinya anda mempunyai span pilihan anda sendiri. Jadi apa ciri-ciri span pencuci pinggan yang perlu ada dan kualiti yang anda cari?

Info Tentang Span Yang Perlu Anda Tahu 

Span dapur mengandungi lebih banyak kuman berbanding tandas anda sendiri. Ia sememangnya benar. Penyelidik dari Universiti Furtwangen mendapati secebis span yang bersaiz sebutir kiub gula boleh mengandungi bilangan bakteria mencecah 54 bilion, sejumlah kecil daripadanya mungkin terdiri daripada bakteria patogenik yang boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan.

Sehubungan itu, penggunaan dan penjagaan span penyental yang betul untuk perkakas dapur anda dapat membantu menjaga kebersihan dapur, mengelakkan pinggan mangkuk anda daripada pencemaran bakteria, dan menjamin kesihatan keluarga anda.

 

Di bawah adalah 3 idea untuk penjagaan span yang lebih baik.

  • Keringkan Span Anda

Keracunan makanan biasanya disebabkan oleh proses pengendalian makanan mentah yang tidak betul serta kontaminasi silang yang boleh berkait dengan span dapur anda. Sebagai langkah berjaga-jaga, bilas dan peras span anda selepas setiap kali ia digunakan dan bersihkan kotoran yang dapat dilihat pada span tersebut — lebih kering, lebih baik. Kemudian, simpan span dapur anda di tempat yang kering.

Untuk memudahkan proses penjagaan ini, anda boleh menggunakan span dapur yang didatangkan dengan alat pemegang. Dengan cara berkenaan, span yang basah boleh dikeringkan dengan mudah, lantas mengurangkan kadar pembiakan bakteria. Tambahan lagi, ia juga dapat membuat dapur anda kelihatan lebih teratur serta menjimatkan ruang.

 

Oleh itu, 3M telah memperkenalkan produk span penyentalnya yang terbaharu, Scotch-Brite™ Heavy Duty Easy Grip Scouring Sponge dengan alat pemegang (Handy Sponge Holder) yang tersendiri. Span tersebut hadir bersama alat pemegang berpelekap yang mudah untuk digunakan serta dapat membantu mengeringkan dan meningkatkan tahap kebersihan span penyental anda.

  • Gunakan Span yang Betul

Jika anda sering memasak, maka anda tidak dapat mengelakkan diri daripada tugas mencuci peralatan dapur. Tahap kebersihan peralatan dapur anda bergantung kepada cara anda mengendalikan tugas pembersihan tersebut. Sekiranya tidak dibuat dengan betul, maka pembiakan bakteria boleh berlaku dengan pantas.

Kita juga sedia tahu bahawa bukan mudah untuk menghapuskan kotoran degil daripada perkakas dapur yang tertentu. Oleh itu, anda boleh menggunakan span penyental yang lebih lasak untuk membuang kotoran degil dengan cepat dan mudah. Sama ada anda perlu mencuci mesin ketuhar, periuk belanga, ataupun dapur memasak, span berkenaan boleh digunakan bersama sabun pencuci untuk tugasan pembersihan anda.

Produk span penyental yang lasak, Scotch-Brite™ Heavy Duty Scouring Sponge dirumus untuk mengguna pakai jaringan gentian yang tumpat dan seragam serta jumlah partikel pembersih yang tinggi agar span tersebut dapat mencuci tiga kali lebih baik dan tahan tiga kali lebih lama berbanding span penyental yang biasa.

 

Bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa sesetengah perkakas dapur sepatutnya tidak disental dengan kuat, contohnya kuali tidak melekat, perkakas plastik dan kaca, serta set cawan kegemaran anda. Span penyental yang lasak boleh meninggalkan kesan-kesan calar di atas permukaan perkakas berkenaan dan ruangan kecil yang terhasil daripada kesan calaran tersebut boleh menjurus kepada pembiakan bakteria.

Bagi perkakas seperti ini, span penyental yang lembut dan bersifat anti-calar lebih ideal untuk digunakan tanpa mencela dan mencalarkan perkakas anda. Ini adalah kerana permukaan lembut pada span penyental ini mengurangkan risiko wujudnya ruang pembiakan bakteria.

 

  • Gantikan Span Anda Secara Berkala

Kadar penggunaan span penyental menentukan berapa kerap anda harus menggantikannya, jangan tunggu sehingga ia mula berbau.

Jika anda sering memasak di rumah dan membasuh periuk belanga serta pinggan mangkuk anda dengan span yang sama, jangan lupa untuk menggantikan span tersebut sekali setiap tiga hingga empat minggu. Sebaliknya, jika anda biasanya makan di luar, ataupun anda memiliki mesin pencuci pinggan di rumah, anda masih perlu menggantikan span berkenaan, namun anda boleh berbuat demikian sekali setiap sebulan.

Penggantian yang dibuat secara kerap mungkin dianggap membazir – sebenarnya tidak. Walaupun bukan selalu span tersebut digunakan, ia masih berpeluang untuk menjadi lembap dan kotor, terutamanya kerana ia terletak berhampiran dengan singki. Ini bermakna span anda masih boleh membiak bakteria – dan anda mungkin mahu mempertimbangkan semula sama ada pinggan mangkuk anda wajar dibersihkan dengan span tersebut, walaupun jika ia hanya digunakan sekali sekala.

 

Anda boleh memanfaatkan pesanan yang dikongsikan ini untuk pembelian span penyental anda yang seterusnya. Dengan span yang betul serta penjagaan yang sesuai, anda dapat menjamin tahap kebersihan dapur anda, serta juadah yang disediakan dari dapur tersebut.

Jika anda ingin membeli span penyental yang terbaik untuk dapur anda, berikut adalah antara produk yang disarankan: Scotch-Brite™ Heavy Duty Easy Grip Scouring Sponge with Handy Sponge Holder, Scotch-Brite™ Heavy Duty Scouring Sponge, Scotch-Brite™ Delicate Care Scrub Sponge dan Scotch-Brite™ Non-Scratch Scrub Sponge.

 

Sempena lebaran Aidilfitri yang bakal tiba, 3M Malaysia sedang mempromosikan produk terbaharunya, Scotch-Brite™ Heavy Duty Easy Grip Scouring Sponge with Handy Sponge Holder hanya pada harga RM 9.90 untuk tiga unit span. Pek isi semula 4 unit span Scotch-Brite™ Heavy Duty Easy Grip Scouring Sponge juga boleh didapati dengan harga RM 9.90. Dapatkan span penyental dapur Scotch-Brite™ anda hari ini di AEON, AEON Big, Giant, Tesco, Jaya Grocer, Village Grocer, Parkson, HomePro, Ace Hardware, Tunas Manja, dan Econsave.

 

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like