Selepas sepanjang tahun 2019 yang dipenuhi kejayaan, rantaian restoran makanan segera Halal yang terbesar di Malaysia, Marrybrown telah memulai bulan Disember dengan Nasi Marrybrown Family Run yang pertama di Desa Tebrau Linear Park, Johor yang disertai semua lapisan masyarakat.

Pada awal pagi Sabtu, lebih daripada 3000 orang peserta dari seluruh Malaysia telah bersedia untuk acara Fun Run yang dianjurkan khas oleh Marrybrown. Pihak penganjur mementingkan silaturahim antara yang tersayang dan pembangunan komuniti yang harmoni melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Oleh itu, tujuan Nasi Marrybrown Family Run adalah untuk mengeratkan hubungan antara keluarga dan rakan sahabat melalui aktiviti sukan yang sihat sambil menikmati hari keluarga yang meriah, dengan galakan untuk menghargai masa yang diluangkan bersama orang tersayang.

“Kita memang sentiasa sibuk, dari satu tugas ke yang lain, dan ini menyebabkan kita melupakan orang-orang yang terdekat. Marrybrown mengambil kesempatan ini untuk mengumpulkan keluarga dan rakan sahabat di satu tempat menerusi aktiviti sukan yang sihat dan bermakna, dengan harapan ia dapat mengeratkan ikatan persaudaraan dan mewujudkan kenangan yang baik untuk semua, “kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Dengan kepercayaan nilai teras yang berlandaskan keseronokan, pemakanan dan hubungan kekeluargaan, Marrybrown menganjurkan Fun Run bukan sahaja sebagai platform untuk mengeratkan hubungan keluarga, tetapi juga untuk mengukuhkan ikatan masyarakat. Acara lari 5km yang popular ini telah berjaya mengumpulkan individu-individu daripada semua lapisan masyarakat yang bersemangat dalam usaha membangunkan hubungan komuniti bersama mereka yang berkongsi nilai yang sama.

“Kami percaya bahawa acara sukan adalah penting untuk meningkatkan perkembangan sosial dan emosi, dan kami sangat gembira dengan sambutan yang kami terima untuk Fun Run kami. Aktiviti sukan seperti ini dapat memisahkan seseorang daripada peranti pintar dan media sosial, dan kami gembira melihat keluarga dan rakan sahabat meluangkan masa yang berkualiti dengan orang tersayang.”

Sebagai rantaian restoran makanan segera yang pertama untuk menyediakan hidangan nasional Malaysia 30 tahun yang lalu, Nasi Marrybrown terus menjadi hidangan yang digemari oleh rakyat Malaysia dan untuk menambahkan lagi kegembiraan, para peserta yang berjaya menamatkan acara lari 5km ini telah dihidangkan hidangan popular Marrybrown iaitu Nasi Marrybrown – hidangan nasi lemak yang seimbang lagi sihat, disajikan bersama Marrybrown Crispy Chicken. Pingat penamat juga telah diberikan kepada setiap peserta.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like