Siapa yang menggemari haruman spa ataupun produk berasaskan ayurveda dan juga minyak esen asli yang menenangkan, pastinya jenama Spa Ceylon dari Sri Lanka tidak asing lagi bagi anda.

Baru-baru ini saya telah menghadiri majlis pembukaan rasmi Spa Ceylon di Level G, Mid Valley Megamall KL yang turut dihadiri oleh selebriti terkenal tanahair. Majlis ini dirasmikan oleh pemilik jenama Spa Ceylon, Shalin Balasuriya dan Spa Ceylon menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman spa peribadi kerana ia menggabungkan formula Ayurveda dan bahan semulajadi paling berkualiti dalam produknya.

Terdapat pelbagai produk dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki di sini termasuklah produk untuk Kulit, Rambut, Tubuh dan kesihatan keseluruhan, kesejahteraan dan Spa Ceylon memberikan para pelanggan dengan kemewahan megah untuk kesihatan dan kesejahteraan diri anda.

Rangkaian produk Spa Ceylon ada kepelbagaian termasulah minyak treatment, minyak pati, balsir urut, losyen badan, pelembab hingga penjagaan kaki dan kompres herba.

Spa Ceylon Luxury Ayurveda : Virgin Coconut – Home Spa Set

Set  ini menggunakan 100% minyak kelapa dara asli dan kristal kelapa dara secara semulajadi diekstrak dari sumber kelapa segar yang terbaik dari taman tropika yang subur di Ceylon. Ia kaya dengan vitamin berkhasiat & antioksidan pelindung untuk mengelupas, memperbaiki & memperbaharui kulit. Ia juga menghidrat, menghaluskan kulit wajah & badan supaya menjadi lebih lembut, lebih berseri.

Virgin Coconut – Face & Body Serum. Serum ini memberikan ketengan pada kulit wajah, badan dan rambut. Hanya sapukan pada kulit dan urut lembut.

Virgin Coconut – Pure & Natural Organic Oil

Memang ramai tahu kebaikan minyak kelapa dara dan memang digunakan secara meluas oleh wanita Asia khususnya untuk kecantikan rambut dan badan. Spa Ceylon Virgin Coconut Oil ni boleh digunakan di wajah, badan & rambut.

Cara penggunaan: Anda boleh urutkan minyak ini pada rambut dan badan ( digunakan sebagai minyak urut pun boleh ) selama 5- 15 minit. Ianya mempunyai  haruman kelapa yang menenangkan dan boleh dibasuh jika mahu.

Untuk diet, anda hanya ambil 1 sudu setiap pagi, dengan diet seimbang.

Virgin Coconut – Face & Body Scrub

Ini bagus untuk membuang sel kulit mati. Anda boleh lihat sendiri kulit mati pada tangan saya selepas menggunakan skrub ini. Yang paling penting, skrub ini tiada partikel besar yang boleh merosakkan kulit wajah kita.

Cara penggunaan: Hanya ambil 1-2 calit dan sapukan pada seluruh muka & badan, mengurut untuk membersihkan kulit dan bilas. Anda akan rasa kulit menjadi lebih lembap.

Gunakan gerakan membulat yang lembut untuk efek penggelupasan. Pastikan jangan digunakan pada kulit yang rosak, berjerawat ataupun luka.

Virgin Coconut – Hair & Body Natural Butter

Ini boleh dikatakan pelembap rambut dan badan. Hanya sapukan sedikit natural butter ini pada kulit, rambut dan juga bibir supaya dapat mengurangkan penggelupasan bibir kering.

Ceylon Tea Ylang Intensive Hand Cream

Sapukan & urut perlahan ke tangan, selepas dibasuh. Gunakan beberapa kali setiap hari. Rawatan semalaman: pada waktu tidur, sapukan pada tangan dan biarkan semalaman.

Anda boleh membuat pembelian secara online di https://spaceylon.com.my atau di Zalora Malaysia ( link pembelian https://www.zalora.com.my/spa-ceylon-luxury-ayurveda-virgin-coconut-home-spa-set-gold-1561180.html )

Ataupun ke cawangan Spa Ceylon terdekat anda di lokasi seperti Mid Valley Megamall, NU SENTRAL KL dan Publika Kuala Lumpur.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like