IPC Shopping Centre telah berbawah baharu, lebih ranggi, lebih ceria, berinspirasi dan menggembirakan untuk semua pengunjung. Melihat kepada keperluan pengunjung serta komuniti yang sentiasa berubah-ubah, IPC memperkenal konsep ‘So Much More’ yang membawa maksud ia bukan sekadar destinasi membeli belah malah sebaliknya ia menawarkan suatu pengalaman yang lebih daripada itu. Pusat membeli belah terunggul yang terletak di tengah-tengah Mutiara Damansara ini telah direka secara terperinci dengan memberi penelitian terhadap pengalaman membeli belah menerusi reka bentuk ruang, penyusunan semula reka bentuk dalaman serta kemudahan yang mesra keluarga.

Pusat Membeli Belah Untuk Semua

Idea disebalik pembangunan semula IPC Shopping Centre ialah untuk mewujudkan sebuah ruang kontemporari yang mampu memberi inspirasi kepada masyarakat. Reka bentuk terbaru IPC Shopping Centre memastikan bahawa setiap anggota keluarga mempunyai ruang yang dapat memenuhi citarasa mereka tersendiri.

Lebih Banyak Pilihan Untuk Membeli Belah dan Menjamu Selera

Pengunjung kini boleh memilih untuk membeli belah atau menjamu selera di antara 145 kedai yang ada. Ini termasuk kedai-kedai gaya hidup, fesyen serta kecantikan dan kedai-kedai makanan dan minuman berkonsep terkini yang serba baru dan diperluaskan. Pusat membeli belah ini menyaksikan 46% daripada penyewa asal kembali berniaga di sini seperti Harvey Norman, Popular Bookstore, Padini, Brands Outlet, Spotlight dan Ace Hardware. Penyewa baru termasuklah Ben’s Independent Grocer (B.I.G.), Family Mart, IKEA Café, Watsons, Cotton On, LC Waikiki dan juga kedai utama Skechers yang terbesar di Asia Tengara.

Untuk makanan dan minuman pula, IPC Shopping Centre kini menawarkan lebih banyak pilihan untuk pengunjung menjamu selera. Pengunjung boleh memilih sama ada menikmati makanan di tempat makan alfresco atau di ‘Foodland’, medan seleranya yang telah dinaik taraf. Antara restoran yang baru termasuklah Hana Japanese Dining, Paradise Dynasty, Suki-Ya, Ichiban Ramen dan Magnum Café. Para pengunjung juga pasti akan teruja melihat kepulangan restoran tempatan kegemaran mereka seperti Kluang Station, Uncle Lim, Absolute Thai, Noodle Shack, Nando’s, Starbucks dan Dome.

Funland untuk kanak-kanak

Selain itu, pembangunan semula yang dilakukan turut melibatkan sistem parkir terarah, penambahan tempat duduk dan kemudahan-kemudahan mesra keluarga seperti pintu masuk kanak-kanak, menaik taraf ruang keluarga dan ‘Funland’, sebuah taman permainan khas untuk si kecil.

Tahun Yang Meriangkan Untuk Keluarga

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, IPC Shopping Centre akan melancarkan sambutan perayaan yang bertemakan ‘A Tale of Great Fortune’. Para pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan tarian singa, aktiviti kraftangan untuk kanak-kanak, bengkel seni tradisional Cina, persembahan orkestra Cina dan pemberian hadiah-hadiah menarik.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like