Tentu kamu pernah menonton kisah Disney yang popular seperti Cinderella, Frozen mahupun Aladdin kan? Semua kisah ini latar belakangnya seakan-akan sama, mesti melibatkan puteri atau putera raja. Dan sudah tentu ditampilkan dalam kisah ini istana yang tersergam indah dan cantik.

Tetapi tahukah kamu, istana di dalam cerita dongeng Disney itu bukan semuanya dongeng, malahan lapan dari istana dalam filem Disney yang popular itu wujud dan boleh kamu kunjungi:

The Little Mermaid

Istana dalam filem The Little Mermaid ini rupanya diilhamkan dari istana Chillon, Switzerland.

[mks_separator style=”dotted” height=”2″]

Snow White

Istana Snow White ini dikatakan diilhamkan di beberapa tempat berlainan. Tetapi yang paling mirip dan popular, istana Alcazar di Segovia, Sepanyol yang turut menjadi inspirasi kepada istana Cinderella. Asalnya istana ini menjadi kubu orang Arab ketika Roman menakluk Sepanyol.

[mks_separator style=”dotted” height=”2″]

Aladdin

Mungkin ada yang dapat meneka bahawa istana Aladdin ini adalah diinspirasikan dari Taj Mahal di India.

[mks_separator style=”dotted” height=”2″]

Beauty and The Beast

Beauty and the Beast, salah satu filem Disney yang diminati ramai mendapat ilham istananya dari Château du Chambord.

[mks_separator style=”dotted” height=”2″]

Brave

Cerita Brave ini berasaskan suasana di negara Scotland, jadi sudah tentulah istananya juga diilhamkan dari sana, iaitu di Dunnottar Castle, Stonehaven di Aberdeenshire.

[mks_separator style=”dotted” height=”2″]

Cinderella

Cerita Cinderella adalah sangat sinonim dengan suasana diraja dan di dalam istana. Istana seperti yang dipaparkan dalam filem itu diinspirasikan dari Istana Neuschwanstein, Bavaria tetapi juga mengambil elemen dari Istana Chateau de Chambord dan Alcazar (seperti ditunjukkan di atas)

[mks_separator style=”dotted” height=”2″]

Tangled

Istana dalam filem Tangled pula diilhamkan dari Mont Saint-Michel di Normandy France.

[mks_separator style=”dotted” height=”2″]

Frozen

Kalau tak pernah dengar pasal filem Frozen ni, memang anda tipu. Istana ais dalam filem ini diilhamkan dari Hotel de Glace, Canada yang juga memang diperbuat daripada ais secara realitinya.

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like