Birokrasi adalah sebuah organisasi yang terdiri dari beberapa jabatan, di mana setiap satunya ada polisi dan kuasa masing-masing. Birokrasi ada hampir di setiap tempat, dari agensi kerajaan hinggalah ke sekolah. Mereka yang bekerja di birokrasi biasanya dipanggil ahli birokrat.

Ciri-ciri utama birokrasi

  • Hirarki pengurusan yang kompleks dan pelbagai aras
  • Pengkhususan jabatan
  • Pembahagian kuasa yang ketat
  • Mempunyai piawaian prosedur operasi tertentu

Kelebihan dan Kekurangan

Dalam situasi yang ideal, proses dan prinsip birokrasi adalah berdasarkan undang-undang yang dinyatakan secara rasional dan jelas, dan ini sepatutnya diaplikasikan dalam setiap cabang dalam organisasi tanpa sebarang pengaruh politik atau unsur peribadi. Tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai ideal ini.

Antara kelebihan menjadi ahli birokrat adalah mereka lebih banyak peluang untuk mengembangkan lagi kemahiran yang anda. Setiap kali mereka menaiktaraf skill dan kemahiran mereka, peluang naik pangkat sentiasa ada.

Ahli birokrat juga dipilih berdasarkan latar belakang mereka yang sangat spesifik dan berkaitan dengan jabatan atau organisasi tempat mereka bekerja. Jadi sememangnya mereka dipandang sebagai orang yang berkelayakan dalam membuat keputusan atau diberikan kuasa untuk menentukan perkara-perkara tertentu.

Birokrasi asalnya dicipta dengan tidak mengambilkira sebarang unsur-unsur peribadi. Walaupun cara ini dilihat sebagai cara yang ‘dingin’ tetapi ini sebenarnya untuk mengelakkan ahli-ahlinya dari mengambil kesempatan atas hubungan sesama manusia seterusnya berlakunya masalah pilih kasih. Tanpa faktor hubungan peribadi ini, birokrasi dilihat dapat memastikan semua orang mendapat layanan yang sama rata, tanpa unsur persahabatan atau hubungan politik, yang boleh mempengaruhi keputusan penting yang bakal diambil oleh ahli-ahli birokrat ini.

Birokrasi dalam organisasi juga mempunyai undang-undang atau syarat-syarat yang sangat jelas dan ketat. Namun demikian, akibat syarat dan prosedur birokrasi yang ketat inilah organisasi sering lambat ketika memberikan respon dalam situasi umum yang tidak terjangka, dan juga menjadikan organisasi sukar beradaptasi dengan keadaan atau masalah sosial yang sering berubah-ubah.

Struktur hirarki birokrasi boleh menggalakkan berlakunya situasi negatif ‘pembangunan empayar’. Ketua atau pihak berkuasa boleh menambah pekerja yang sebenarnya tidak begitu diperlukan dalam jabatan, samada kerana ketidaktelusan dalam membuat keputusan, atau kerana mereka hanya hendak membina status dan kuasa dalam jabatan. Pertambahan pekerja yang kurang diperlukan ini cuma akan menambah beban kepada produktiviti dan keefisienan organisasi.

Tanpa pengawasan ketat, ahli birokrat yang ada kuasa membuat keputusan juga agak mudah dipengaruhi untuk menerima rasuah. Ada juga kes di mana ahli birokrat dengan pangkat tinggi menyalahguna kuasa dan posisi mereka untuk kepentingan peribadi.

Walaupun ahli birokrat mungkin ada yang tidak terlibat secara terus dalam membuat polisi atau undang-undang, mereka bertanggungjawap menyediakan data-data penting, maklumbalas dan maklumat kepada penggubal undang-undang. Penyalahgunaan data dan kuasa boleh mengganggu proses penggubalan undang-undang.

Birokrasi di seluruh dunia mempunyai banyak kelemahan dalam proses kerja mereka. Ini termasuklah penggunaan kertas borang dan kertas kerja yang terlalu banyak dengan syarat-syarat yang terlalu spesifik. Ini menyebabkan proses menjadi lambat dan tidak efisien dalam memberikan perkhidmatan cemerlang kepada orang awam. Ini dilihat sebagai merugikan pembayar cukai dan membuang masa rakyat.

Menurut ahli sosiologi Jerman, Max Weber, terdapat beberapa ciri birokrasi yang lebih ideal untuk dunia moden:

  • Hirarki rantaian arahan (chain of command) yang tegas, di mana yang mempunyai kuasa mutlak cuma ahli birokrasi teratas
  • Pembahagian tenaga antara pekerja yang lebih jelas dan spesifik
  • Matlamat organisasi yang difahami dengan jelas oleh setiap ahli
  • Undang-undang serta syarat yang dipersetujui oleh semua ahli
  • Prestasi kerja yang dinilai berdasarkan produktiviti pekerja
  • Naik pangkat adalah berdasarkan merit atau prestasi, bukan peribadi

Namun begitu, sejauh manakah keberkesanan teori ini dalam dunia realiti, tiada siapa yang tahu.

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like