Adakah anda sama seperti saya, peminat setia Kentucky Fried Chicken, kalau dalam seminggu tak makan rasa hidup tak lengkap?

Kini anda boleh mengabadikan rasa cinta anda pada makanan segera itu dengan memakai pakaian dari KFC.

Koleksi pakaian KFC telah dilancarkan oleh syarikah KFC Limited, dan yang mengagumkan, rekaan koleksi ini not bad malahan tidak keterlaluan kalau kami katakan ianya memang mengikut trend hipster semasa. Pelbagai tops dan tshirt boleh dimiliki oleh pencinta makanan segera ini seperti t-shirt lengan panjang bertulis “Fried Chicken USA”, pin baju, stokin, sapu tangan dan t-shirt gaya vintage. Bantal pun ada, jadi anda boleh buat slogan hidup “tidur bangun makan KFC”.

Jika anda ada banyak duit lebih untuk dibelanjakan, apa kata cuba beli Zinger Meteorite, replika burger Zinger yang diperbuat daripada besi ini. Harganya USD20,000 (lebih kurang RM86,000), bersaiz 5.75 inci seberat 4 kilo. Boleh dijadikan pemberat kertas, atau untuk dijadikan alat keselamatan diri.

Harga dari serendah USD1 (RM5). Buat masa ini, semua apparel dan aksesori ini telah habis dijual di laman kfclimited.com, termasuk Zinger Meteorite. Lagipun sayangnya kesemua pakaian ini tidak dijual di luar Amerika Syarikat buat masa ini. Sabar dan berdoalah, semoga pakaian KFC akan dijual di seluruh dunia termasuk Malaysia suatu nanti. Kami tak sabar nak sarungkan baju KFC!

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like