ARIANI, jenama hijab dan busana yang tak asing lagi di tanahair. Bagi yang belum tahu, ARIANI adalah sebuah jenama hijab premium nombor satu di Malaysia dan yang pertama mencipta fenomena tudung Tiara atau tudung awning.

Bersempena dengan lebaran yang bakal tiba, Ariani telah mengadakan peragaan koleksi ARIANI LEBARAN 2016 di St Regis, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kami berpeluang untuk turut sama memeriahkan majlis peragaan fesyen yang sangat eksklusif itu. Tahun ini, Ariani cuba menyerlahkan penggunaan warna pastel dan vibrant yang menarik serta corak printed yang segar dan cantik.

Antara koleksi yang terdapat dalam Ariani Lebaran 2016 ialah ARIANI STOCKIST X SITI NURHALIZA. Tudung dan selendang  instant dalam koleksi ini berkonsepkan eksklusif, sederhana dan kontemporari. Kainnya diperbuat dari fabric chiffon dan satin crepe sesuai untuk semua peringkat umur dan apa sahaja acara; jadi boleh dipakai selepas Syawal. Antaranya, Instant Maya, Instant Valentina, Instant Raylene dan Selendang Nautical dan 10 jenis lain lagi. Anda hanya boleh membeli tudung dan selendang dari koleksi ARIANI STOCKIST X SITI NURHALIZA ini dari stokis berdaftar ARIANI di seluruh Malaysia. Hmm..menarik kan?

Kemudian, ARIANI menampilkan pula 86 koleksi tudung baru seperti Instant Clara, Instant Quinn dan Selendang Laser Cut Alexia. Tudung-tudung dalam koleksi ini bermotifkan dasar lautan, bunga-bungaan dan cetakan abstrak. Pencinta tudung Ariani sudah boleh memiliki tudung ini di semua cawangan GALERI ARIANI seluruh Malaysia.

Apalah raya tanpa puasa. ARIANI yang memang terkenal kerana menitikberatkan perincian tidak melupakan Ramadhan sebagai bulan yang mulia, maka tercetuslah koleksi Tarawikh Telekung Ariani X Siti Nurhaliza khusus untuk pelanggan ARIANI. Telekung ini mempunyai material yang lembut dan selesa dan dijahit mengikut muka si pemakai untuk ibadah yang lebih selesa.

ariani-09

ariani-08

Selain daripada tudung, ARIANI juga memperkenalkan koleksi ARIANI READY TO WEAR dengan tema Glam Lebaran. Antara yang terdapat dalam koleksi ini adalah The Maya Series, The Blooming Series dan The Chantilly Series dijual dengan harga dari RM179. Bagi yang berplus-size, usah gusar kerana ARIANI ada menyediakan koleksi dengan saiz khas untuk mereka. Sesuai dengan konsep ready-to-wear, koleksi GLAM LEBARAN ini lebih minimal tetapi kekal elegan.

ariani-04

ariani-1

ariani-05

Dalam majlis yang sama, ARIANI membuat pengumuman perlantikan duta baru mereka iaitu pelakon yang tidak asing lagi, Ayda Jebat. ARIANI turut meraikan duta kesayangannya Bella Dally dan juga Siti Nurhaliza sebagai IKON ARIANI 2016.

ariani-06
Duta baru Ariani – Ayda Jebat
Duta ARIANI - Bella Dally
Duta ARIANI – Bella Dally

ariani-03 ariani-02 ariani-01

ariani-10

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like