Ya betul, korang tak salah baca tajuk. Belacan memang boleh dijadikan baja tanaman anda, tak kisahlah untuk jadi baja cili, baja bunga…semualah! Cara menyediakannya pun mudah dan murah, sesuailah untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam bidang perkebunan macam sis.

Walaupun nampak macam simple, tapi sebenarnya ada banyak kebaikan menjadikan belacan sebagai baja tanaman anda. Antaranya:

  • Pokok dibaja dengan belacan tidak mudah diserang penyakit sebab belacan menguatkan imunasi pokok
  • Bunga keluar banyak
  • Bunga tak mudah gugur
  • Mempunyai unsur kalium (K)
  • Pokok lebih mudah menyerap nutrien sebab belacan menguatkan akar pokok

Bahan-bahan untuk membuat baja belacan:

  • 100g belacan – 100g
  • 100g gula molases / gula merah – 100g
  • Setengah liter air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan)
  • Botol 1.5L

Cara-cara nak membuat baja belacan:

  • Masukkan semua bahan ke dalam bekas dengan isipadu 1 liter ke atas.
  • Kacau semua bahan sehingga sebati.
  • Masukkan sebatian ke dalam botol 1.5L.
  • Tutup penutup bekas dengan kain kasa bekas tersebut.
  • Peram selama 2 minggu.
  • Selepas diperam, kacau dan tapis ke dalam bekas baharu.
  • Sisa belacan itu boleh ditaburkan sekeliling pangkal pokok untuk dibuat baja.

Cara-cara nak guna:

  • Campurkan 10 ml pati dengan 1 liter air biasa
  • Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am atau lewat petang (5pm-7pm), dengan kekerapan seminggu sekali.
  • Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok ros, pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi. Hasilnya daun pokok akan lebih subur dan banyak bunga akan keluar.

Terima kasih kebunbandar.com atas ilmu ini.

Kredit: https://kebunbandar.com/belacan-baja-pokok-cili/

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like