Visa dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) telah memasuki tahun keempat dalam kerjasama untuk menggalakkan pengguna yang celik mengenai kewangan di Malaysia. Tahun ini, permainan popular dalam talian Cent-sible Choice – telah dikemaskini dengan ciri-ciri baru yang akan membantu generasi muda di Malaysia mempelajari bagaimana untuk menguruskan kewangan mereka dengan bijak dengan cara yang menarik dan menyeronokkan.

Tahun lalu, ribuan rakyat Malaysia bermain Cent-sible Choice apabila ia mula-mula dilancarkan. Versi permainan pada tahun 2016 dalam talian ini memperkenalkan watak baru yang direka khas untuk golongan muda yang bekerja. Permainan ini boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mendekati rakyat di kawasan bandar dan luar bandar. Untuk mewujudkan kesedaran dan menggalakkan celik pengurusan kewangan di kalangan belia, Visa juga akan mengadakan satu siri tugasan universiti dengan kerjasama  GProvision; pemegang lesen induk untuk ‘Praxis’, sebuah boardgame yang membantu pembelajaran berasaskan pengalaman berdasarkan isu-isu kewangan yang sebenar.

segi-university-students-playing-the-praxis-financial-board-game-by-gprovision

Permainan dalam talian membentangkan senario sehari-hari yang berkaitan dan unik untuk generasi muda Malaysia, menggalakkan mereka untuk membuat keputusan perbelanjaan kecil tetapi berkesan. Ia memberikan mereka tip kewangan bagi setiap keputusan yang mereka buat dalam permainan. Pilihan yang bijak akan mendapat mata pemain yang lebih tinggi berbanding pilihan lain. Para pemain boleh mengumpul mata untuk kemenangan harian, mingguan dan keseluruhan. Mereka juga boleh menjemput kawan-kawan untuk bermain permainan ini dan mendapatkan lebih banyak mata.

Antara senario adalah seperti berikut:

  1. Pelajar diberi senario yang berkisar cara untuk meraikan majlis hari jadi ke-21 mereka. Mereka boleh membuat keputusan yang termasuk aktiviti membeli-belah, bersiar-siar, menonton filem dan lain-lain.
  2. Graduan baru  akan diberikan senario yang terdiri daripada mengambil pinjaman pelajar untuk menyara kehidupan mereka dan juga membuat  keputusan mengenai cara ke kuliah setiap hari. Sebagai contoh, bagaimana mereka akan membayar  pinjaman pelajaran mereka? bagaimana menlangsaikan pembayaran balik bulanan mereka dan juga membuat keputusan sama ada menaiki pengangkutan awam atau carpool.
  3.  untuk yang bekerja, mereka akan diuji terutamanya mengenai kewajipan kewangan, seperti menyewa rumah atau membeli rumah baru dengan pengeluaran KWSP; merancang majlis perkahwinan kecil atau mewah dan bagaimana untuk menghabiskan bonus mereka dengan bijak.

Cent-sible Choice akan dilancarkan pada bulan November 2016. Semua peserta di talian akan dimasukkan ke dalam cabutan mingguan untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dalam tempoh satu bulan dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebanyak RM5,000.00, yang akan dikeluarkan di dalam kad pra-bayar pada akhir peraduan ini. Para peserta boleh mendaftar untuk bermain permainan di laman sesawang www.centsiblechoice.com.my. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Visa, sila layari www.visa.com.

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like