Sekitar September lalu, jenama pakaian terkemuka dENiZEN ™ telah memasuki pasaran Malaysia sekaligus dilancarkan di The Gardens Mall, Midvalley City, Kuala Lumpur.

Jenama dENiZEN ™ telah dicipta oleh pereka asal Levi’s Strauss & Co pada tahun 2010, untuk memberi generasi baru pilihan pakaian dan jeanswear terkini dan berkualiti. dENiZEN ™ yang juga berada dalam naungan label pakaian denim ikonik direka dengan pelbagai jenis dan gaya, dicipta untuk penggemar pakaian dari fabrik denim di seluruh dunia. dENiZEN ™ menyatukan mereka dengan memakai fabrik denim yang berkualiti yang sesuai dengan gaya hidup terkini.

Di butik mereka yang terletak di The Gardens Mall, pelanggan akan dapat membeli pelbagai jenis pakaian dENiZEN ™ untuk orang dewasa dan kanak-kanak, termasuk produk utama mereka iaitu seluar jeans denim. Seluar jeans dENiZEN ™ boleh didapati dalam tiga pilihan berbeza untuk Lelaki (Slim Narrow, Slim Straight dan Skinny) dan empat jenis berbeza untuk Wanita (Skinny, Slim Straight, Super Skinny, Boyfriend Skinny).

Butik dENiZEN ™ ini menawarkan pemilihan lebih daripada 100 item, termasuklah t-shirt grafik, tank top, baju lengan panjang, seluar pendek, bermula dengan harga dari RM29 hingga RM149.

Info lanjut:
dENiZEN ™ Malaysia
Lot S243A (Shop-in-shop, under Kidstyle | Kidsport)
Tingkat dua
The Gardens Mall,
Midvalley City Lingkaran Syed Putra 59200,
Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Nombor Telefon: + 603-2201 2204

Facebook: hhttps://www.facebook.com/denizen.my/

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like