Modelling, sudah. Berlakon dalam filem baru yang sedang hangat diperkatakan, Valerian and the City of a Thousand Planets pun sudah. Terkini, aktres dan model Cara Delevigne menyanyi dan baru saja release video muziknya, “I Feel Everything”. Lagu ini turut dimuatkan dalam OST filem Valerian and the City of a Thousand Planets.

Genre muzik yang diketengahkan dalam single sulung Delevigne ini adalah muzik berentak rileks dan ada elemen oldies. Dalam video klip ini, kelihatan Delevigne bertukar-tukar pakaian dan watak, sesuai dengan latar belakang filem terbaru lakonannya iaitu aksi dan fiksen sains. Delevigne juga turut bertukar-tukar gaya rambut sepanjang video muzik itu. Untuk pengetahuan semua, rambut Delevigne kini telah dipotong pendek, tetapi dalam klip video ini dia memakai rambut palsu merah dan brunette. Orang lawa, pakai apa pun lawa!

Lagu “I Feel Everything” ini dicipta oleh Pharrel Williams, manakala liriknya ditulis oleh Cara Delevigne sendiri. Wajah utama PUMA itu nampaknya benar-benar serius menukar fokus dari modeling ke bidang seni. Jom kita sama-sama layan lagu dari Cara Delevingne ini:

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like