Carousell, antara market online terbesar dan pesat berkembang di dunia kini bergabung tenaga dengan persatuan usahawan Johor, Indienomics dan StartUp Johor melancarkan program penglibatan komuniti dalam membantu rakyat Johor menjual barangan secara online bersempena meraikan 100 juta penyenaraian globalnya.

Menurus Lucas Ngoo, pengasas bersama dan CTO Carousell, dalam gabungan ini, Carousel, Indienomics dan StartUp Johor akan menyediakan bengkel dan aktiviti dalam membantu mereka memperkukuhkan lagi profil maya mereka, seterusnya menaik taraf ekonomi rakyat Johor.

Johan Ropi pula berpendapat bahawa kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada usahawan yang menggunakan platform Carousell untuk menjual produk mereka, juga pembeli yang mencari barangan atau perkhidmatan. Usahawan Indienomic akan diketengahkan dan mereka dapat mengembangkan perniagaan mereka.

Indienomic adalah sebuah gerakan keusahawanan yang bermula sejak tahun 2015, diketuai oleh Johan Ropi dengan kerjasama beberapa usahawan terkemuka seperti JOHO, DuBook Press, Hartabumi.com, TheLorry dan Katsana. Indienomics sering menganjurkan program keusahawanan, antaranya seperti Cabaran Bisnes Indienomics dan INTalk untuk menginspirasi dan mengaspirasikan peniaga muda dalam mengejar misi menjadi usahawan berjaya.

Bagi StartUp Johor pula, ini kali pertama mereka berkolaborasi dan mereka berharap dengan adanya komuniti ‘startup’ seperti ini akan menjadikan para usahawan berjaya dari segi kewangan.

Menurut Konsensus Ekonomi 2016 yang dijalankan oleh Jabatan Statistik Malaysia, Johor adalah sebuah negeri dengan jual beli  online kedua tertinggi. Golongan muda di Johor mempunyai gaya hidup yang aktif dan dari sejuta penyenaraian, 80% darinya adalah dari kategori fesyen dan gaya hidup. Kolaborasi ini diharapkan dapat memperkukuhkan perniagaan usahawan dan individu. Dengan adanya penggunaan internet jalur lebar yang semakin menyeluruh, nama-nama besar ini melihat potensi yang besar di Johor dan mahu memperkuatkan profil mereka di sana.

Carouseller tertinggi Johor, Khairul Adzwan Khairullah turut berkongsi pengalamannya berniaga di Carousell. Beliau mempunyai jenama sendiri, krlbrands yang ditubuhkan pada tahun 2008 dan memfokuskan kepada perhiasan rumah yang diperbuat dari bahan guna semula.

Carousell, Indienomics dan Startup Johor merancang untuk membuat acara komuniti bulanan seperti bengkel jualan online dan sesi perkongsian ilmu untuk usahawan muda.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like