Isnin lalu, Casio telah melancarkan pameran jam tangan Casio dengan teknologi Global Time Sync di Pavilion, Kuala Lumpur. Jam ini pertama kali diperkenalkan di Baselworld 2016, suatu acara di mana idea dengan teknologi terkini diperkenalkan secara meluas kepada umum. Pameran ini turut dihadiri oleh Angkasawan Malaysia, Datuk Sheikh Muzaffar sebagai tetamu kehormat.

Pameran ini memfokuskan kepada teknologi yang dicipta khusus untuk ahli perniagaan dalam era masa kini, di mana mereka kerap bekerja di luar kawasan seperti di luar negara, dan mereka mungkin memerlukan satu teknologi pada jam tangan mereka yang dapat bersinkronasi dengan waktu tempatan atau ke negara yang mereka kunjungi.

Casio sebenarnya telah mula mencipta teknologi ini dari tahun 2014 dan mengimplementasi teknologi ini dalam jam jenis G-SHOCK dan OCEANUS iaitu di mana ia dilengkapi dengan teknologi GPS Hybrid Wave Ceptor. Teknologi ini boleh menerima isyarat GPS dan gelombang radio dan seterusnya mengemaskini masa pada jam secara automatik. Terkini, Casio memasukkan teknologi EDIFICE Bluetooth Smartphone Link pula pada jam tangan keluaran mereka, di mana ia boleh mengakses waktu di lebih 300 bandar dan 40 zon masa berbeza.

Satu lagi jam terbaru keluaran Casio yang turut menarik perhatian kamu adalah jam G-SHOCK MRG-G1000DC. Jam ini pertama kali dipamerkan di Johor Bahru di mana jam ini mempunya ciri-ciri Akagane iaitu sejenis besi yang sering digunakan di dalam kerja besi di Jepun. Ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada pertukangan Jepun.

Pameran yang diadakan di Pavilion dari 9 Mei hingga 15 Mei ini bukan sahaja ingin memperkenalkan produk baru kepada umum, tetapi pada masa yang sama juga mahu memberikan informasi kepada mereka tentang teknologi terbaru yang dihasilkan oleh Casio khususnya.

casio-1 casio-5 casio-2 casio-3 casio-4 casio-6 casio-7

3 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like