Kalau sebut pasal bandaraya Miri yang terletak di Sarawak, pasti kita membayangkan Gua Niah, pelantar minyak, pantai Tusan dan Bungai sebagai tempat menarik yang ada di sana, kan?

Pantai Sibuti, Miri
Gua Niah
Taman Negara Lambir

Kini, ada lagi satu tarikan moden yang harus anda kunjungi sekiranya anda ke bandar minyak ini suatu hari nanti – Container City.

 

Apa itu Container City?

Gambar: Facebook Container City Miri

Container City adalah sebuah medan selera yang terletak di Jalan North Yu Seng. Lebih 120 jenis hidangan tempatan dan luar negeri disajikan oleh 14 gerai yang beroperasi dalam kontena kapal.

Menurut Kelvin Gom, pengarah Container City, idea menggunakan kontena sebagai gerai makanan timbul kerana ingin menimbulkan suasana keunikan yang pertama seumpamanya di Miri. Beliau menjelaskan selain sebagai medan selara, Container City memberi ruang dan peluang kepada para usahawan muda untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.” Sumber: Utusan Borneo

Apa jangkaan awal sebelum ke Container City Miri?

Gambar: Facebook Container City Miri

Secara jujurnya sebelum saya menjejak kaki ke Container City, saya ingatkan lokasinya di tepi pantai Luak, Miri. Sebelum sampai ke lokasi, saya sudah bersedia dengan perjalanan jauh (tak la jauh sangat, tapi imaginasi saya jauhla dari kebiasaan). Tetapi rupa-rupanya Container City terletak di tengah bandaraya Miri, menjadikannya mudah dikunjungi dan tak sukar untuk mencari lokasinya. Bagi yang tinggal di hotel seperti Imperial Hotel atau Mega Hotel, memang dekat sangat dah Container City ini.

Apa yang menarik di Container City Miri?

Yang menariknya di Container City ini adalah ia berkonsepkan bandar kecil dipenuhi dengan gerai kontena dua tingkat. Kalau di Lembah Klang, ia lebih kurang macam Rasta TTDi, bezanya ia berkonsepkan kontena. Dekorasi di Container City juga mengambil sepenuhnya konsep taman terbuka ala hipster dengan dinding-dinding dilukis dengan karakter-karakter superpower, dan lampu-lampu bergantungan. Dengan kata lain, edgy dan modenlah!

Gambar: Facebook Container City Miri
Gambar: Facebook Container City Miri

Antara kontena yang menawarkan menu pelbagai makanan dan minuman di Container City adalah:

The Brew Crew

Gambar: Facebook Miri City Sharing Channel

Don’s Burger

Gambar: Dewi Malaysia

Tusan Coconut Ice Cream

Gambar: Facebook Miri City Sharing Channel

Sebenak

Gambar: Facebook Miri City Sharing Channel

Grasso

Gambar: Facebook Miri City Sharing Channel

Saya memilih untuk menikmati Pasta Carbonara dari kontena Barberra, ais latte dari Juice Jungle dan Aiskrim 3 Scoops dari Tusan Coconut Icecream.

Pasta Carbonara

Rasa carbonarai yang saya pesan serba serbi cukup, namun demikian saya berharap di lain masa Barbera boleh luangkan sedikit masa untuk menjadikan presentation makanan lebih menarik. Letak daun-daun sikit ke, macam tu. Tetapi memandangkan carbonara yang sedap itu affordable, jadi saya maafkan. Harga untuk satu hidangan adalah RM14.

Aiskrim dari Tusan Coconut Icecream

Pada malam itu, saya mencuba tiga scoop campuran aiskrim dari Tusan Coconut Icecream – perisa durian, perisa vanilla dan kelapa. Apa yang boleh saya katakan, aiskrim Tusan memang terkenal dengan kesedapan dan keasliannya. Rasanya seakan-akan aiskrim yogurt, jadi saya memang syorkan untuk anda cuba jika anda ke Container City!

Apa yang boleh diperbaiki?

Parkir dan kawasan lebih luas

Memandangkan Container City ini terletak di tengah-tengah bandaraya Miri, parkir agak terhad. Tambahan pula berhampiran dengan Container City ini pun terdapat beberapa restoran yang popular di Miri jadi saingan untuk mendapat parkir itu agak sengit. Di masa akan datang, mungkin pihak Container City dapat memperuntukkan kawasan parkir khas untuk pelanggan-pelanggannya…. atau even better pindah ke tempat yang lebih luas seperti di tepi pantai, macam yang saya expect di atas?

Lebih banyak pilihan makanan hipster

Secara peribadi, saya mengharapkan lebih banyak makanan ringkas ‘hipster’ seperti burger, waffle, western, makanan Jepun dan Korea dan pandangan peribadi saya juga, mungkin boleh dikurangkan makanan ‘biasa’ seperti mi goreng, nasi ayam dan sebagainya yang boleh didapati di gerai atau restoran biasa di luar Container City. Barulah lain dari yang lain

Live band

Saya juga berharap suatu hari di Container City Miri, saya dapat menikmati makanan sambil mendengar persembahan live band atau busker. Kalau tak boleh setiap hari, mungkin di hujung minggu. Barulah happening.

Kesimpulan

Gambar: Dewi Malaysia
Gambar: Dewi Malaysia

Container City sesuai dikunjungi oleh mereka yang ingin bersantai bersama keluarga sambil menikmati makanan yang unik dan ready made dan yang ingin merasakan pengalaman baru yang tak membosankan. Container City juga Instagrammable, jadi kalau nak dapat banyak Likes, datanglah ke Container City!

Masa operasi:

Selasa – Khamis: 7 am – 11 pm
Jumaat – Sabtu: 7 am -1 2 am
Ahad:  7am-11 pm

Info lanjut, layari: www.facebook.com/containercitymyy

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like