Masih lagi dalam topik terluka dalam percintaan. Sebelum ini, saya tulis tentang trust issues atau masalah susah nak percaya sesiapa. Kali ini saya nak tulis pasal dendam dan move on.

Bila kamu terluka yang teramat sangat, tentu sikit sebanyak kamu ada perasaan geram dan marah dan terasa macam nak balas dendam kan? Mungkin kamu plan, nak buat si dia cemburu so that dia akan kembali pada kamu. Atau kamu akan hantar subtext supaya dia faham perasaan kamu secara subliminal. Atau mungkin juga kamu akan sampai tahap extreme mahu mengkucar-kacirkan kehidupan peribadinya.

Tetapi adakah semua plan itu akan membuatkan diri kamu sendiri tenang dan bahagia? Mungkin gembira, tapi perasaan gembira tu semua sementara saja. Tenang itu memang tak lah kan.

Sebenarnya, membalas dendam dengan cara paling terindah orang kata mungkin dengan memberikan sebuah kemaafan. Kerana tiada orang yang semulia orang yang boleh memberikan kemaafan, walaupun telah dilukai dengan teruk berkali-kali. Tetapi kita ini manusia biasa, manusia biasa mana ada yang sekuat itu. Jadi secara peribadi, saya berpendapat bahawa dendam terindah adalah move on. Yea, move on.

screen-shot-2016-10-30-at-10-16-31-pm

Bila saya cakap move on, saya cakap pasal betul-betul move on, bukan acah-acah move on. Move on untuk kebahagian diri kamu sendiri. Tinggalkan semua kenangan pahit sejauh-jauhnya ke lautan Atlantis, tumpukan sepenuh perhatian kepada kebahagiaan dan ketenangan diri kamu semata-mata. Buat perkara yang membuatkan kamu happy, yang mungkin kamu tinggalkan sejak berpasangan dahulu. Mungkin dahulu kamu suka travel, tapi bila dah ada pakwe/makwe, kamu terpaksa lupakan hobi itu sebab bajet tak cukup nak travel berdua atau sebab si dia tak suka travel. Buat semula kalau itu yang kamu suka.

screen-shot-2016-10-30-at-10-17-19-pm

Cakap memang senang, betul tak? Move on bukanlah perkara yang mudah. Kamu ambillah selama mana yang kamu mahu untuk kumpul kekuatan untuk teruskan kehidupan. Mungkin sebulan, dua bulan, setahun. Tapi yang penting, jangan lakukan apa-apa yang bodoh seperti mengganggu hidup orang. Atau merayu supaya yang membuang kamu menerima kamu kembali.

Namun demikian, ada beberapa kesan bila kamu dah mula move on. Satu positif dan satu lagi mungkin negatif.

Yang positifnya, bila kamu dah mula move on, dah mula menyayangi diri sendiri, barulah kamu benar-benar bersedia untuk menyayangi orang lain. Mungkin selepas kejadian pahit itu, kamu akan lebih matang dalam memilih pasangan. InsyaAllah, kamu akan bertemu yang akan menerima kamu seadanya kamu.

Tetapi yang negatifnya, akan ada orang yang lebih suka kamu bersedih dari move on. Mungkin akan ada percubaan untuk membuatkan emosi kamu terganggu semula. Persyaitanirajimkan! Teruskan hidup kamu macam biasa, block secara literal mahupun figural semua yang pernah menyakiti kamu. Bina hidup baru. Ingat, Allah cakap takde siapa dapat ubah hidup kamu melainkan diri kamu sendiri.

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like