Ramai yang mula sedar tentang kepentingan penjagaan rambut dan ada yang mengetahui rambut yang berbeza memerlukan set penjagaan yang berbeza.

Kerana ada banyak permintaan dari pengguna, Dove telah mengambil inisiatif melancarkan siri pertama perapi rambut dengan rumusan khas canggih menampilkan tiga perapi baharu untuk keperluan jenis rambut yang berbeza dengan tahap-tahap kerosakan yang unik. Siri Advanced 1 Minute ini terdiri daripada perapi Dove 1 Minute Foam, perapi Dove 1 Minute Milk Gel dan perapi Dove 1 Minute Serum.

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh Edelman Berland, kebanyakan wanita ingin rasa yakin menggayakan rambut dengan cara yang mereka yang tersendiri dan 4 daripada 5 kalangan wanita mengatakan rambut adalah sebahagian daripada identiti mereka. Walau bagaimanapun, hampir 90% produk rambut yang tersedia di pasaran masih diformulasi dan direka berdasarkan satu idea kecantikan rambut yang sama.

Perapi Dove 1 Minute Dengan 3 Varian

Setiap daripada perapi rambut ini telah diformulasi dengan teknologi unik untuk memenuhi keperluan wanita dengan rambut yang halus dan nipis, berminyak dan dengan kerosakan yang teruk. Perapi-perapi ini dengan berkesan memulihkan dan mentransformasikan rambut menjadi lebih lembut, bebas minyak dan lebih tebal dalam hanya satu 1 minit.

Dove Perapi Buih 1 Minit telah direka dengan buih-buih kecil kelembapan yang sememangnya sesuai untuk membaiki rambut jenis nipis dan halus. Teknologi yang digunakan menjadikan perapi 1 Minute Foam lebih ringan berbanding perapi-perapi biasa yang tersedia di pasaran. Perapi Dove 1 Minute Milk Gel pula menyasarkan wanita-wanita dengan rambut berminyak dan rosak menggunakan kompeks penyesuaian mikro memastikan rambut tidak rasa berat, berminyak atau melekit. Perapi 1 Minute Serum juga menyediakan kompleks penyesuaian mikro paling padat dan kelembapan untuk wanita berambut lebat dengan helaian rambut yang kasar atau pernah terdedah kepada kepanasan melampu atau kerosakan akibat pengwarnaan rambut.

 

Butiran perapi Dove 1 Minute Advanced

Siri baru perapi Dove 1 Minute Advanced kini boleh didapati di semua cawangan Guardian dan Watsons. Harga runcit bagi perapi Dove 1 Minute Foam adalah RM21.20 manakala harga perapi Dove 1 Minute Milk Gel 1 adalah RM18.75 dan perapi Dove 1 Minute Serum pula dijual pada harga RM16.30.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like