Apa masalah kulit paling biasa pada masa kini dan memerlukan produk dan rawatan tertentu untuk mengurangkannya? Di Malaysia, masalah jerawat, ekzema, rambut gugur dan kelemumur antara masalah ‘common’ dan terdapat banyak produk di pasaran yang belum tentu berkesan untuk menangani masalah kulit ini.

Memahami dilema yang dihadapi pengguna, pengasas bersama Buds Organics, KK Soo, menggunakan kepakarannya dalam bidang kimia bagi menghasilkan produk penjagaan peribadi yang dijamin selamat.

Tercetusnya Idea Buds Organics

Permulaan Buds Organics tercetus ketika anak-anak KK menderita ekzema ketika mereka masih bayi. Produk yang dihasilkan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi paling efektif, asli dan selamat. Pengalaman peribadinya berdepan masalah akne remaja juga menjadi pendorong beliau menghasilkan alternatif rawatan khusus terhadap masalah kulit normal tersebut, terutama apabila anak-anaknya meningkat ke usia remaja.

Dibantu dengan kemajuan sains dan keberkesanan menyembuh alam semula jadi, Dr Buds Organics menggunakan bahan-bahan organik yang diperakui terbaik dalam 4 rangkaian produk bagi membantu merawat masalah kulit yang spesifik:

  1. Easy-Clear untuk ekzema
  2. Acne Rescue bagi akne
  3. Hair Loss Rescue untuk rambut gugur
  4. Dandruff Rescue bagi kelemumur

Rangkaian tersebut hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang sememangnya dikenali sebagai penawar mujarab sejak sekian lama. Evolusi sains juga menyumbang terhadap pembuktian kandungan yang digunakan sebagai efektif dalam membantu mengatasi masalah kulit dan kulit kepala. Rangkaian tersebut merangkumi bahan-bahan asli lama yang kekal berkesan sehingga ke hari ini termasuklah beberapa bahan daripada tumbuhan unik. Antaranya ialah minyak pokok teh untuk antibakteria, ekstrak likuoris sebagai anti keradangan, aloe vera dan fruktan untuk mereda dan menghidrat kulit, serta prebiotik bagi menggalakkan pertumbuhan bakteria baik.

Rangkaian produk Buds Organics juga diiktiraf sebagai organik dan efektif seperti yang dikongsi kepada pengguna oleh ECOCERT, antara pertubuhan pensijilan antarabangsa yang mematuhi standard pengiktirafan ketat. Dengan sokongan ECOCERT, pengguna akan lebih meyakini bahawa produk-produk ini tidak mengandungi bahan-bahan terlarang dan hanya menggunakan bahan-bahan organik dan semula jadi yang diperakui selamat serta melalui proses pembuatan mesra alam.

Info Lanjut Mengenai Produk Dr Buds Organics

Rangkaian produk Dr Buds Organics kini boleh didapati di laman web rasminya. Ia boleh didapati di pasaran secara eksklusif di Guardian dan Hospital Pantai KL bermula 1 Ogos 2018.

Dr Buds Organics dikajibuat dengan sokongan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC). Untuk keterangan lanjut dan maklumat terkini, layar laman web rasmi Dr Buds Organics http://drbudsorganics.com/ dan laman Facebook www.facebook.com/drbudsorganics.

 

Senarai Produk Dr Buds Organics:

  • Acne Rescue Mild Cleanser 150ml – RM 75.90
  • Acne Rescue Sebum Control Gel 50ml – RM 82.90
  • Acne Rescue Acne Control Cream 30ml – RM 75.90
  • Easy-Clear Rescue Soothing Cleanser 300ml – RM 69.90
  • Easy-Clear Rescue Soothing Lotion 75ml – RM 79.90
  • Easy-Clear Rescue Intensive Cream 50ml – RM 86.90
  • Dandruff Rescue Soothing Shampoo 300ml – RM 69.90
  • Dandruff Rescue Soothing Conditioner 150ml – RM 49.90
  • Dandruff Rescue Soothing Scalp Serum 150ml – RM 79.90
  • Hair Loss Rescue Soothing Shampoo 300ml – RM 69.90
  • Hair Loss Rescue Soothing Conditioner 150ml – RM 49.90
  • Hair Loss Rescue Soothing Scalp Serum 150ml – RM 79.90

 

3 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like