Dr Morita Malaysia

Baru-baru ini, jenama kecantikan popular dari Taiwan, Dr. Morita, telah melancarkan mask muka terbaharu yang pasti menarik perhatian para peminat Malaysia.

Mask muka Dr.Morita tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia kerana ia amat popular dikalangan wanita mahupun jejaka yang mengamalkan penjagaan kecantikan wajah setiap hari. Tujuh varian terbaharu & paling laris dari Taiwan yang menggunakan bahan-bahan menarik seperti ekstrak membran kulit telur, yis sake, biji coix (Job’s Tears), petola (luffa), licorice dan ekstra peria gunung. Ia merupakan sebahagian daripada bahan-bahan unik digunakan oleh jenama yang inovatif tersebut, atas hasil gabungan kumpulan penyelidikan dan pembangunan terbaik.

Dr Morita Malaysia Mask Muka

Tambahan variasi mask Dr. Morita termasuk:

  • Dr. Morita Tea Tree & Licorice Pore Refining Facial Mask 5s.
  • Dr. Morita Luffa & Amino Acid Moisturizing Facial Mask 5s.
  • Dr. Morita Anti-Oxidant Hydrating Facial Mask 5s.
  • Dr. Morita Egg Shell Membrane & Sake Yeast Essence Moisturizing Facial Mask 5s.
  • Dr. Morita Hyaluronic Acid & Sake Yeast Essence Moisturizing Facial Mask 5s.
  • Dr. Morita Revitalizing Essence Facial Mask 5s.
  • Dr. Morita Whitening Essence Facial Mask 5s.

Seiringan mask terbaharu ini, Dr. Morita juga memperkenalkan rangkaian buih pembersih muka iaitu:

  • Dr. Morita Whitening Foaming Whip.
  • Dr. Morita Hyaluronic Acid Foaming Whip.
  • Dr. Morita Anti-Acne Foaming Whip.

Dr.Morita Tea Tree & Licorice Pore Refining Mask diformulakan untuk kulit berjerawat. Bahan aktif seperti tea tree, witch hazel, peria gunung, licorice, bergamot, serai dan aloe vera dapat melegakan kulit dan mengurangkan saiz pori-pori secara semulajadi.
Diformulakan bersama Asid Hialuronik berpaten, ekstrak petola dan asid amino, Dr. Morita Luffa & Amino Acid Moisturizing Mask, amat bagus untuk melindungi kulit kering daripada kesan-kesan penuaan.


Ekstrak mawar, biji ciox dan timun dalam Dr. Morita Anti-Oxidant Hydrating Facial Mask, dapat melembapkan kulit secara mendalam, di samping memutihkan dan mencerahkan kulit.

Dr. Morita Egg Shell Membrane & Sake Yeast Essence Moisturizing Facial Mask mengandungi kulit telur yang kaya dengan asid amino untuk melembapkan kulit. Pati yis sake mencerahkan kulit agar lebih berseri, manakala vitamin dan Royal Jelly yang juga kaya asid amino, bertindak menyuburkan dan memudakan sel kulit, manakala Asid Hialuronik berpaten dan khusus bagi jenama tersebut adalah diformulasi untuk pelembapan yang berpanjangan.

Dr. Morita Hyaluronic Acid & Sake Yeast Essence Moisturizing Facial Mask, merupakan varian paling laris di Taiwan. Kombinasi pati yis sake, aloe vera dan ekstrak alga memberi pelembapan yang tahan lama, dan kesan pencerahan pada kulit.

Dr. Morita Revitalizing Essence Facial Mask, merupakan sebahagian daripada serum intensif yang mengandungi bahan-bahan aktif yang tinggi. Formulasi Asid Hialuronik dan ekstrak kaviar, mask kecantikan ini menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan anjal.
Dr. Morita Whitening Essence Facial Mask adalah siri serum intensif yang mengandungi Asid Hialuronik berkualiti tinggi dan Asid Tranexamic untuk melembapkan dan mencerahkan pigmentasi untuk wajah yang berseri dan sihat.

Dr. Morita Whitening Foaming Whip, Dr. Morita Hyaluronic Acid Foaming Whip, Dr. Morita Anti-Acne Foaming Whip adalah buih pembersih khusus diformulakan untuk pelbagai masalah kulit.

Harga

Mask kecantikan Dr. Morita dan buih pembersih ini boleh diperolehi dari farmasi Guardian yang berhampiran. Harga pasaran bagi mask kecantikan Dr. Morita adalah RM23.58, manakala buih pembersih Dr. Morita pada harga RM27.90.

Untuk maklumat lanjut, sila layari

Facebook: https://www.facebook.com/DrMoritaMY/
Instagram: https://www.instagram.com/dr.moritamy/?hl=en

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like