Kurang seminggu kita akan bertemu dengan bulan yang ditunggu-tunggu, iaitu bulan Ramadhan. Antara masalah bagi orang yang tak berapa nak kuat hadapi (macam saya) ialah masalah letih dan mengantuk. Jadi, timbul persoalan, adakah wuduk batal jika kita tidur?

Berdasarkan pembacaan dan carian kami, secara asasnya, jawapannya adalah ya, jika anda tidur wuduk anda batal. Namun demikian, ada beberapa posisi tidur yang tidak membatalkan wuduk:

1. Semasa tidur, punggung tidak bergerak dari tempat asal. Tak kisah jika kamu tidur bersandar atau tidur duduk, sekiranya punggung kamu masih sama sebelum dan selepas kamu tertidur, wuduk kamu tidak batal.

2. Antara punggung dan tempat kamu duduk itu tiada ruang diantaranya. Maksudnya, jika kamu tidur duduk, wuduk tidak batal. Tapi jika tidur baring mengiring, batal sebab ada ruang antara punggung.

Jadi agak sukar untuk menentukan adakah kedudukan punggung bila dah tertidur kan? Jalan selamatnya adalah mengambil keputusan dari Mazhab Shafi’e iaitu tidur itu memang membatalkan wuduk, kecuali kamu yakin dan pasti dua perkara di atas terjaga ketika kamu tertidur. Lagipun, takdelah susah sangat ambil semula wuduk kan?

Info tambahan

Sekiranya kamu ada wudhu, kamu adalah disunatkan menggunakan wudhu tersebut selama mana kamu mampu – dengan syarat, wudhu itu telah digunakan untuk sembahyang fardhu atau sunat. Maksudnya, kita digalakkan menjaga wudhu’ yang telah digunakan untuk bersolat sebelum itu. Dapat pahala senang, kan?

Sumber: myibrah.com

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like