Anda inginkan pengalaman memakan steak terbaik Amerika? Tidak perlu pergi jauh kerana anda boleh menikmati stik terbaik di rangkaian restoran NY Steak Shack. Baru-baru ini team Dewi berkesempatan untuk merasai sendiri steak istimewa yang dihidangkan di sini dan ternyata ia tidak mengecewakan. Yang pasti pada tahun 2018 ini, NY Steak Shack bakal tampil dengan pelbagai menu tambahan baharu seperti  ,Chicken Southwest Char-Grilled, Country Fried Steak, Philly Cheese Steak Sandwich dan pelbagai milkshake, nyums!

Pada akhir tahun lepas, NYSS telah melancarkan peraduan #FlyMeToNewYork dimana pengunjung berpeluang memenangi 2 tiket penerbangan dan percutian di negara Big Apple. Pemenang telah diraikan di dalam majlis serba ceria dan menarik dimana pelbagai hadiah telah diberikan buat pemenang utama, dan juga pemenang saguhati yang lain.

 

The Sizzling Steak Special Edition

Buat penggemar stik, pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang mencuba hidangan edisi terhad ini dimana anda akan dihidangkan stik daging 200g atau 300g di atas skillet panas dengan dua hidangan sisi menarik serta sos demiglaze pekat. Promosi yang berharga bermula RM42.90 ini berakhir pada 11 Mac 2018.

Maklumat lanjut, anda boleh layari

Facebook: https://www.facebook.com/pg/nysteakshackmy/

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like