Jenama kosmetik halal di Malaysia yang tidak asing lagi iaitu Chriszen baru-baru ini telah melancarkan koleksi foundation terbaharu yang mempunyai base matte di ibu kota. Sesuai bagi mereka yang inginkan foundation tidak berminyak dan membuatkan muka bercahaya, Chriszen Match Matte Serum Foundation adalah jawapan bagi memenuhi kehendak pengguna produk kecantikan wajah hari ini.


Chriszen Match Matte Serum Foundation diformulasi daripada 11 bahan terbaik seperti ekstrak bearberry, oat, red sea algae, liquorice root, vitamin B3, frangipani, trehalose, fucogel, aloe vera, madu Manuka dan ekstrak witch hazel. Nah! tidak hairanlah dengan 11 kebaikan asas dapat memberikan apa yang kulit wajah perlukan iaitu elak hidrasi, cerah, anti-oksida dan melindungi serta membebaskan kulit wajah daripada radikal dan juga anti-penuaan (meremajakan kulit).

Antara 5 ton warna yang ditawarkan adalah Natural Ivory, Light Beige, Nude Beige, Natural Beige dan Rich Honey.

Anda boleh dapatkan Chriszen Match Matte Serum Foundation pada harga RM65.90 di mana-mana gedung Guardian seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut, boleh klik [facebook.com/chriszenofficialpage].

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like