MUDAHNYA NAK KE AIRPORT

 

Salah satu terapi diri yang korang boleh try adalah travel untuk bercuti dengan family atau orang yang korang sayang. Kalau tak percaya try lah nanti. Sekarang ni ada banyak kemudahan yang ada untuk korang plan siap-siap sebelum pergi bercuti. Salah satu apps yang korang boleh pakai untuk buat booking ialah Traveloka. Kat Traveloka korang boleh buat booking hotel dengan flight and dekat Traveloka korang boleh find KLIA express tickets online sesenang yang mungkin. 

Tempat menarik di Sabah

Kalau korang ada plan nak ke Sabah, Kota Kinabalu adalah tempat yang best untuk korang spend time. Kalau Masjid Terapung Likas adalah masjid kedua terpenting di bandar Kota Kinabalu, Masjid Negeri Sembulan pula adalah masjid utama di bandar ini.

Masjid yang mula dibina pada tahun 1970 ini memiliki kubah besar yang diilhamkan dari masjid-masjid termasyhur di dunia iaitu Masjid Biru di Istanbul, Masjid Jame di New Delhi dan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, manakala menaranya pula diinspirasikan daripada Masjid Nabi di Madinah dan Masjid al-Haram di Mekah. Masjid yang boleh memuatkan 5,000 orang pada satu-satu masa ini memiliki 16 batang tiang yang dihiasi dengan potongan ayat Quran yang bertintakan warna emas. Betapa indahnya masjid ini sehinggakan ia pernah dianggap sebagai antara masjid yang tercantik di Asia.

Kalau korang suka nature, korang boleh ke Kipandi Butterfly Park, walaupun agak jauh, tapi memang cantik sangat dan ada pelbagai spesis rama-rama di sini. Taman Rama-Rama Kipandi terletak di Kampung Kipandi, Moyog. Ianya terletak di jalan Penampang-Tambunan. Di sini ada lebih 100 spesis rama-rama, 1500 spesimen rama-rama, lebih daripada 3000 jenis kumbang yang hanya boleh ditemui di Banjaran Crocker seperti Kumbang Cyclommatus Chewi, lebih kurang 500 jenis orkid, pelbagai jenis bunga dan tumbuh-tumbuhan.

Ingin tenggelam dalam keindahan alam semula jadi yang mengujakan? Korang sekeluarga boleh melawat Pulau Manukan yang terletak hanyalah dalam sekitar 30 minit dari Kota Kinabalu. Pulau yang merupakan sebahagian daripada Taman Laut Tunku Abdul Rahman ini menawarkan kawasan pantai dengan pasir putih yang berkepanjangan 1.5 km. Korang boleh menuju ke sini dengan menaiki bot dari jeti Jesselton Point.

Pulau Manukan

Perut menggerodak selepas penat berjalan makan angin di sekitar Kota Kinabalu? Korang boleh menuju ke Waterfront Seafood Night Market ataupun Sinsuran Seafood Night Market.

Kat sini, korang sekeluarga boleh mengenyangkan perut yang lapar dengan enjoying bermacam-macam makanan laut yang dimasak secara fresh untuk korang nikmati! Tunjuk je apa yang korang nak makan, nak udang, ikan pari-pari, sotong atau bermacam-macam lagi, dan peniaga tersebut akan masak untuk korang. Selepas puas enjoying makanan, korang boleh berjalan di kawasan lain pasar malam ini untuk membeli bermacam makanan tempatan lain dan sayur-sayuran yang segar.

Wisma Sabah adalah lokasi di mana terletaknya banyak pilihan agen pelancongan yang dapat membantu penerokaan korang di sekitar negeri ini. Sama ada untuk melawat pulau-pulau di Sabah, menerokai hutan belantara atau penerokaan di bandar ini sendiri, korang boleh mendapatkan khidmat daripada agen-agen yang ada di wisma ini. Selain tu, kat sini juga ada banyak jualan barangan untuk para pelancong. Pendek kata, untuk apa sahaja yang berkaitan dengan pelancongan di Sabah, bolehlah datang ke sini.

Wisma Merdeka adalah salah sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di Kota Kinabalu. Antara barangan yang boleh korang beli dari sini adalah kraftangan, batik, barangan antik, buku-buku dan banyak lagi cenderamata yang lain. Kedai makan juga tidak menjadi isu, kerana kat sini ada banyak kedai makan fast food dan kafe-kafe lain. Untuk pengetahuan korang, Wisma Merdeka adalah salah satu pusat membeli-belah yang terawal di bandar ini.

Traveloka Airport Transfer

Yes it is true Traveloka punya apps selain nak book hotel atau flight korang boleh buat kl sentral to klia2 ticket booking.

  1. Caranya korang pergi kat menu dan cari book KLIA transport. Dari situ korang boleh pilih destinasi korang dari mana, kemudian nak ke KLIA. Akan keluar harga dan korang boleh book.
  2. Lepas korang buat payment through debit card atau kredit card korang akak dapat voucher yang akan send ke email korang. Through voucher tu nanti korang boleh pakai untuk naik tren. Senang kan? Takyah naik teksi kalau teksi tak available and korang pun boleh elak jam and sampai cepat.
  3. Kalau korang nak naik ke KLIA2 pon boleh. Tapi voucher ni nanti korang tak boleh jual balik so make sure kalau korang beli tu nanti pakai la ye. 

 

Okay have fun di Kota Kinabalu! 🙂

5 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like