Mencukur  adalah rutin wajib untuk wanita yang inginkan tubuh badan mereka sentiasa bersih. Gillette Venus memahami betapa pentingnya rasa selesa apabila kulit merasa licin selepas dicukur. Pemeliharaan rutin dandanan wanita seringkali menjadi proses yang panjang, menyakitkan dan mahal.

Pelbagai produk yang direka khas oleh Gillette Venus termasuklah produk baharu Gillette Venus ComfortGlide White Tea untuk menjadi penyelesaian wanita moden hari ini untuk membantu mereka mendapatkan  kulit lebih licin dengan cara yang mudah, tidak menyakitkan dan berpatutan.

Gillette Venus ComfortGlide White Tea

Procter & Gamble hari ini secara rasmi melancarkan jenama pencukur wanita nombor satu di dunia, Gillette Venus ComfortGlide White Tea. Pada pelancaran itu, Gillette Venus juga mengumumkan duta jenama tempatan pertama; iaitu pemenang pingat emas sukan gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi.

Gillette Venus ComfortGlide White Tea direka dengan bar sabun yang memberikan kelembapan yang kaya dan bau tropika segar. Anda juga tidak perlu lagi menggunaka krim pencukur  dengan adanya bar sabun itu. Ia mempunyai tiga bilah pisau lengkung yang memberikan pengalaman selesa mencukur walaupun pada kulit yang sensitif. Pemegang ergonomik dibuat untuk cengkaman lebih baik dan kurang cenderung untuk terlepas di dalam bilik mandi adi mana kebanyakan wanita bercukur.

Pelbagai produk Gillette Venus boleh didapati di  Tesco, Giant, AEON, AEON Big, Mydin, Watsons, Guardian dan banyak lagi.

Layari Instagram: https://www.instagram.com/gillettevenus/

 

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like