Bagi peminat coklat asli dan aiskrim, pastinya anda akan sukakan aiskrim terbaharu dari Häagen-Dazs ini. Baru-baru ini, Häagen-Dazs telah melancarkan perisa aiskrim baharu iaitu Dark Chocolate Ganache & Almond Ice Cream dan Belgian Chocolate & Hazelnut Ice Cream.


Dark Chocolate Ganache & Almond adalah gabungan tekstur halus dan rangup coklat dan mempunyai rasa pahit manis coklat. Ia menggunakan 82% Dark Chocolate yang sangat kaya dibuat menggunakan biji koko yang dipilih dengan teliti sehingga digiling menjadi serbuk halus dan kemudian dikisar dengan 100% krim asli, susu dari Perancis dan Belgium. Bukan itu sahaja, ia dilapisi dengan kacang almond karamel yang memberikan lapisan rasa dan tekstur yang unik dalam setiap suapan.

Rahsia keenakan aiskrim Belgian Chocolate & Hazelnut pula terletak pada asas coklat Belgium yang diperbuat daripada 50% koko premium, yang dihasilkan melalui proses pemanasan yang teliti di Bilik Coklat khusus sehingga konsistensi mencapai tahap kelembutan sutera. Kepingan hazelnut dipanggang hingga coklat keemasan dan kemudian ditaburkan dengan lapisan gula karamel wafer nipis bersama dengan serpihan sos hazelnut coklat baldu. Kombinasi Coklat Belgium ini dengan Hazelnut menjanjikan kegembiraan maksimum dalam setiap gigitan.

Dapatkan aiskrim Häagen-Dazs baharu ini di Häagen-Dazs Cafés berhampiran anda, juga terdapat di semua pasar raya, pasar raya besar, kedai serbaneka dan saluran e-peruncit terkemuka mulai hari ini. Ia berharga RM34.50 dan cawan mini berharga RM10 setiap satu.
Yang menariknya di Häagen-Dazs Café di Malaysia , anda dapat menikmati Winter Fondue khas, Christmas Lava Cake, dan Red Reindeer Christmas log cake bermula November depan.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like