Dengan musim perayaan yang bakal menjelma tidak lama lagi, 11street Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Pentoli, sebuah jenama peralatan masak premium berinspirasikan rekaan Itali yang klasik dan kontemporari, untuk membawakan rangkaian peralatan berkualiti tinggi ke platform 11street.

Kerjasama ini melambangkan usaha berterusan 11street dalam mempertingkatkan kepelbagaian produk bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.

Menerusi kerjasama dengan Pentoli, 11street terus melangkah ke hadapan untuk menjadi sebuah platform beli-belah dalam talian yang lebih holistik, pada masa yang sama mempertingkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan.

Kilang Pentoli merupakan salah sebuah kilang di luar Jepun yang menerima pensijilan SG (CH-IH) dan layak untuk menghasilkan peralatan masak keluli tahan karat yang bersesuaian dengan pemanas aruhan. Ini bermakna setiap bahan mentah dan penghasilan produk Pentoli terkawal, memastikan kebolehpercayaan dan ketekalan jenamanya.

Menerusi Teknologi Pembentukan-Pintar Pentoli (Smart-Forming Technology) yang unik dan inovatif, ketebalan dinding pembolehubah, pada masa sama mengoptimumkan berat badan dan agihan haba dalam rangkaian produk Pentoli memastikan tempoh masakan yang lebih singkat dan penjimatan penggunaan tenaga. Hasilnya, makanan dimasak menggunakan kaedah lebih selamat dan sihat. Ini memberikan ketenangan minda kepada pengguna dan membolehkan mereka memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting – membentuk memori berharga dengan insan tersayang semasa musim perayaan ini.

Bersempena usaha sama tersebut, Dato’ Fazley Yaakob, personaliti MasterChef Selebriti Malaysia akan menjadi Konsultan Chef rasmi untuk kempen Ramadan dan Hari Raya Pentoli. Beliau mendemonstrasikan cara penyediaan dua hidangan Ramadan kegemarannya iaitu ‘Daging Salai bersama Cili Api dengan Belimbing Hijau’ serta ‘Pisang Gula Hangus dengan Sos Butterscotch Gula Melaka’ bersempena musim perayaan yang akan datang ini.

Antara Produk Dari Pentoli

Pentoli Multi-ply Stainless Steel 8L Pressure Cooker
Dilengkapi dengan Mekanisme Sistem Berpanca, Injap Penunjuk Keselamatan Tekanan dan ciri-ciri Injap Keselamatan Tambahan, Pentoli menawarkan pengalaman memasak yang selamat kepada pengguna. Selain itu, stim terperangkap dalam periuk kedap udara yang seterusnya meningkatkan aras tekanan dan mendidih akan mempercepatkan proses masakan.

Pentoli Multi-ply Stainless Steel 38cm Flat Bottom Wok bersama Penutup Pentoli
Selain mempunyai berat yang ringan, ia didatangkan dengan Pemegang Berkualiti Bakelite dengan penebatan dan tahan panas yang terbaik. Injap Udara Pintar memberikan pengguna kawalan sepenuhnya untuk menahan dan melepaskan stim.

Bersempena Kempen Ramadan 11street yang berlangsung mulai hari ini sehingga 15 Jun 2018, Pentoli akan menyediakan tawaran menarik terhadap peralatan masak dengan diskaun sehingga 78% menerusi 11street. Selain itu, kuali 28cm Pentoli akan diberikan secara percuma kepada pelanggan yang membuat pembelian rangkaian Pentoli Hero cookware. Sebagai kemudahan tambahan, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan pelan ansuran sehingga 36 bulan sepanjang tempoh promosi.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.11street.my/store/pentoli.

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like