1. Masa bekerja

Bekerja dalam suasana yang sama untuk jangkamasa yang lama boleh menghalang aliran kretiviti dari mengalir secara lancar. Jadi kita kena ubah sesuatu, dan perubahan tersebut tak perlu secara besar-besaran. Beli bunga, letak atas meja kerja. Atau unah deko tempat kerja kamu. Kalau bekerja sendiri, boleh cuba buat kerja di cafe seperti Starbucks. Tukar rutin harian, contohnya seperti sebelum mulakan kerja ajak rakan-rakan baca doa dulu.

2. Dengan pasangan

Kebosanan boleh melanda pasangan bila merek tak lagi ambil peluang untuk mendalamkan lagi hubungan mereka. Jadi ajak pasangan cuba sesuatu yang baru (yang tak memudaratkan). Ajak rakan-rakan untuk cuba hobi kreatif baru seperti memasak, menganjurkam makan malam bertema dan sebagainya. 

3. Dengan orang yang anda sayang

Tukar cara anda ambil berat. Dari tanya soalan “Apa khabar, okay ke harini?” tukar ke ”Awak rancang nak buat apa hari ni?” Atau “Ada apa-apa yang nak saya tolong?”. Soalan sebegini memberi gambaran yang kamu benar-benar ambil berat tentang orang yang anda sayang.

4. Bila makan

Cuba gaya makan yang berlainan. Contohnya kalau selama ni anda makan dengan garfu dan sudu, mungkin boleh cuba makan dengan chopstik. Atau makan dengan tangan yang bersih. Atau guna pinggan baru yang cantik.

5. Ketika dalam perjalanan

Kalau anda memandu, cuba jalan baru atau dengar podcast; podcast dalam trend sekarang. Kalau anda berjalan kaki, cuba bagi salam pada orang yang anda jumpa, atau cuba perhatikan alam sekeliling. 

Kesimpulannya, jika hidup anda membosankan, cuba sesuatu yang baru walau sekecil mana pun perkara itu. Dan ulanginya setiap hari. 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More

8 Kelebihan Menjadi Single

Anda tidak mempunyai teman wanita atau lelaki, dan kadang-kadang ada yang rasa sunyi. Tetapi tidak mestinya kerana ada…