Hong Kong merupakan salah satu tempat kelahiran bagi banyak jenama tempatan dan produk gaya hidup yang inovatif. Tidak melepaskan peluang, Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) & DG Studio mengambil inisiatif membawa hadiah serta cenderamata-cenderamata gaya terkini dan premium dari Hong Kong kepada pembeli-pembeli di Malaysia. Sebanyak 12 jenama terkenal akan ditampilkan kepada orang ramai di pusat beli-belah 1 Utama (Sayap Baru Tingkat LG Highstreet) dari 20 hingga 24 Februari dan di Da Men Mall (LGB1,Tingkat LG ) dari 20 hingga 26 Februari lalu.

Dua belas jenama DG Studio adalah Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab and Team Green. Kesemua 12 jenama berkenaan mengkhusus kepada produk-produk gaya hidup tertentu, biasanya ditawarkan sebagai hadiah peribadi atau korporat dan premium. Apa yang menjadikan produk-produk ini berbeza adalah dari segi kreativiti, keunikan dan gaya terkini bagi produk harian pengguna.

Produk-produk DG Studio boleh terus diperoleh di kedai-kedai berikut.

  • Parkson Elite di Pavilion KL
  • Parkson di 1 Utama Shopping Centre
  • CM3 di Sunway Pyramid
  • Times Bookstore di Pavilion KL
  • Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre
  • Parkson Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang

Jom lihat barangan harian unik dari DG Studio ini!

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More

Ada Apa Kat Tbilisi, Georgia?

Kali ini kami di segmen Trip Impian ingin mengajak anda berangan-angan ke Tbilisi, Georgia. Wow, tak pernah dengar pun nama tempat tu? Best ke? Nak tau, bacalah