Jika anda mencari dan ingin mencuba alat solek baharu, mungkin anda perlu tahu tentang 3INA. Sudah mengambil alih perhatian dunia, jenama solek kultus 3INA (disebut sebagai MINA) telah membuka cawangan mereka di Kuala Lumpur. Jenama British yang dilancarkan pada bulan Februari  2016 lalu telah mengembangkan sayap ke beberapa negara seperti Italy, Australia, Greece dan mempunyai 25 cawangan di seluruh dunia.

Jenama kecantikan 3INA menawarkan pelbagai jenis produk alat solekan dan kecantikan yang tersedia di dalam pelbagai warna dan tekstur yang menepati trend terkini. Paling penting, semua produk 3INA adalah cruelty free, bebas paraben, dan dibuat di EU.

Ramai jurumekap professional dan penggemar alat solek memberitahu kami bahawa harga produk 3INA adalah mampu milik dan sebagai contoh, foundation wajah dijual pada harga dibawah RM100 sahaja untuk 1 botol. Wow, kami suka! Okay jom lihat lagi gambar-gambar menarik sepanjang acara berlangsung pada minggu lepas.

Lokasi 3INA Pavilion KL: P4.02.01 Level 4, Pavilion KL

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like