Kaum wanita tidak wajib mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid. Isteri-isteri Rasulullah saw melakukan solat di bilik mereka dan mereka tidak pergi ke masjid, walaupun begitu, kaum wanita dibenarkan pergi ke masjid.

Ada sejumlah hadis yang membahaskan hal tersebut termasuklah hadis dari Aisyah r.a :

“Para wanita beriman ikut mengerjakan sembahyang Subuh bersama Rasulullah. Mereka menyelubungi diri dengan pakaian mreka, kemudian pulang ke rumah selepas sembahyang berjemaah tanpa seorang pun mengenali mereka kerana masih gelap” ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Wanita yang hendak pergi ke masjid dimestikan berpegang kepada etika-etika berikut :

  1. Tidak memakai wangian dan perhiasan.
  2. Berdoa sejak dari rumah : “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.”
  3. Berjalan ke masjid dengan tenang
  4. Berdoa ketika memasuki masjid : “Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Agung dan wajah-Nya yang Mulia serta kekuasaan-Nya yang abadi, dari godaan syaitan yang direjam”
  5. Berdoa ketika keluar dari masjid : ” Dengan nama Allah, dan selawat dan salam bagi Rasulullah saw. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari anugerah-Mu. Ya Allah, peliharalah aku dari gangguan syaitan yang direjam.”
  6. Melakukan sembahyang tahiyatul masjid ( 2 rakaat ) sebelum duduk.
  7. Tidak melakukan sembahyang sunat jika iqamat telah dikumandangkan.
  8. Segera keluar dari masjid selepas sembahyang.
  9. Tidak memakan makanan yang menimbulkan bau tidak sedap sebelum masuk ke dalam masjid.
  10. Tidak meludah di masjid.
  11. Tidak menguatkan suara di dalam masjid.
  12. Dibolehkan makan, minum dan tidur di masjid.

Sebenarnya bagi wanita, sembahyang di rumah lebih afdal daripada mereka sembahyang di masjid. Alasan bahawa sembahyangnya wanita di rumah lebih baik adalah agar terselamat dari fitnah. Hal ini diperkuatkan dengan trend kaum wanita yang gembar berhias dan bersolek.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like