Menurut kata Syeikh Shalih bin Fauzan, memakai kanta lekap untuk keperluan tiada masalah padanya. Jika dilakukan tanpa keperluan, maka meninggalkannya adalah lebih baik, terutamanya apabila harganya mahal.

Anda perlu meminta nasihat dari doktor mengenai kebaikan dan keburukan kanta lekap. Jika doktor menetapkan bahawa tidak ada pengaruh buruk terhadap mata dan tidak membahayakan, maka harus dilihat adakah kanta lekap itu menjadikan mata wanita seperti mata haiwan? Jika ada, maka hal ini tidak dibolehkan kerana termasuk perbuatan menyerupai haiwan.

Jika pemakaian kanta lekap tidak membawa perubahan pada mata, tetapi hanya mengubah warna dari hitam pekat kepada agak hitam dan sebagainya, maka tidak ada masalah dan hal ini tidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Tuhan kerana sifatnya tidak tetap dan tidak sama seperti tatu. Akan tetapi, jika wanita menghindarinya, itu lebih baik dan lebih selamat jika terdapat bahaya pada mata.

Sumber : Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like