Hukum pembedahan ada sebahagian yang mubah, sebahagian yang wajib dan juga sebahagian lainnya haram.

Mubah adalah pembedahan untuk menutupi luka yang terbuka, memperbaiki bekas-bekas luka yang teruk atau parah, menampal kulit bekas terbakar yang sangat parah, terutamanya apabila mengenai muka dan bahagian yang biasanya nampak oleh orang lain. Semua ini tiada masalah, bahkan boleh jadi ianya termasuk dalam kategori wajib.

Menghilangkan cacat di tengah-tengah kehamilan yang disebabkan oleh konsumsi ubat dan lain-lain. Demikian juga untuk menghilangkan bentuk yang berbeza dari bentuk kejadian asli seperti jari keenam, terlebih daging dan sebagainya. Semua ini kita harapkan tidak ada masalah padanya kerana hal ini tidak termasuk di dalam hal mengubah ciptaan Allah swt.

Semua perbuatan yang termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah swt, maka hukumnya haram. Allah swt telah menciptakan manusia, ada yang tinggi, pendek, hitam, putih dan pelbagai lagi variasi manusia mengikut bangsa. Ini semua termasuk di dalam tanda keesaan Allah swt.

Perbuatan melampaui batas atas ciptaan Allah swt dengan mengubah rupa, warna atau struktur termasuk yang diharamkan, sebagaimana firman Allah swt :

“Tiada perubahan pada fitrah Allah” ( Surah ar-Rum : 30 )

Pembedahan kecantikan yang bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah swt dengan menggantikan kelamin, dari lelaki kepada wanita atau sebaliknya, mengubah warna kulit, atau mengubah bentuk yang telah disusun Allah swt terutamanya bentuk wajah merupakan perbuatan pengikut kehendak syaitan.

Sumber : Esiklopedia Fiqah Wanita

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like