Masanya telah tiba! The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 secara rasminya bermula kelmarin di Padang Timur, Petaling Jaya. Hentian pertama mereka akan berlangsung dari 10 Ogos 2018 hingga 2 September 2018 sebelum kumpulan sarkas ini bergerak ke Pulau Pinang pada pertengahan September.

Jelajah edisi khas yang dipersembahkan oleh Penerbit Eksekutif Dato Sri G Radakrishnan dan Yahna SG, bersama Penerbit Kenneth Lee dan Victor Pilipovich ini merupakan jelajah selama 8 bulan ke 10 bandar di Malaysia yang merupakan peluang keemasan buat pengunjung untuk menyaksikan pelbagai aksi sarkas yang terpesona dan mengejutkan, dibawa khas dari Rusia. Program yang semestinya bebas haiwan ini akan diadakan di bawah khemah sarkas Big Top berhawa dingin memuatkan 2,700 pengunjung dan merupakan khemah sarkas terbesar di Malaysia!

Tradisi sarkas Rusia

The Moscow Circus Tour of Malaysia

Tradisi sarkas Rusia telah dikenali di peringkat global sejak ratusan tahun dahulu dan telah menghiburkan pengunjung dari serata dunia dengan persembahan yang menawan dan menakjubkan. Kini, buat pertama kali di Malaysia, artis-artis yang dipilih secara teliti daripada dua syarikat sarkas termasyhur dari Rusia  Bolshoi Circus (juga dikenali sebagai The Moscow State Circus at Vernadsky Prospekt) dan Nikulin Moscow Circus akan berganding bahu untuk memberi pertunjukan yang lain daripada lain.

The Moscow Circus Tour of Malaysia
The Moscow Circus Tour of Malaysia

Pengunjung yang hadir bakal menyaksikan persembahan yang mendebarkan daripada aerialist, artis trapez serta akrobat swing Rusia, termasuk sorotan khas yang ditampilkan oleh artis juggling terkenal, Semion Krachinov, pemain roller skate oktan tinggi daripada The Romanov Duo, persembahan daripada pakar ilusi iaitu The Moskalov Duo, dan pejalan kaki wayar tinggi iaitu The Svezhov Duo, semuanya dikendalikan oleh badut tersohor dari Rusia, Armen Asiryants dan Ringmistress yang jelita, Karina Peace.

The Moscow Circus Tour of Malaysia

Info Tiket

Tiket ke pertunjukan ini boleh didapati dengan harga mampu milik serendah RM50 sehingga RM280 untuk kedudukan tertinggi daripada www.ticketpro.com.my. Sebahagian daripada hasil jualan akan didermakan ke Tabung Harapan Malaysia demi manfaat pertumbuhan dan pembangunan negara. 

Selain itu, The Moscow Circus turut menjalankan tanggungjawab dalam menggembirakan kanak-kanak kurang bernasib baik untuk melihat pertunjukan mereka. Dengan kerjasama Budimas Charitable Foundation, pihak penganjur mengalu-alukan lebih daripada 260 kanak-kanak pada 11 Ogos dan memberi peluang kepada mereka untuk menyaksikan pertunjukan bertaraf dunia yang bakal menjadi kenangan terindah mereka.

Diskaun 15% Untuk Pemegang Kad Maybank

Rakan Perbankan Rasmi, Maybank menawarkan pemegang kadnya diskaun sehingga 15% untuk Pakej Keluarga ke pertunjukan Petaling Jaya (sah sehingga 2 September), dan pemegang kad Maybank juga dapat menikmati faedah lain termasuk penebusan TreatsPoints/Membership Rewards, serta peluang memenangi dua (2) tiket Premium B dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM1500!

Untuk maklumat lanjut tentang The Moscow Circus, layari www.themoscowcircus.com.my.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like