Wanita Malaysia masa kini sudah bijak di dalam pemilihan produk penjagaan kulit dan ada yang mempunyai rejim kecantikan seperti rakyat Jepun untuk kelihatan muda, kulit lebih berseri dan sihat seperti wanita di sana. Hada Labo, sebuah jenama penjagaan kulit yang digemari di rantau ini telah menempa nama sekali lagi dengan pengenalan Losyen Pemutihan Premium baharu. Produk terbaru ini adalah versi losyen pemutihan sedia ada jenama tersebut yang lebih maju dan lebih berkesan dalam memberikan anda kulit yang putih mulus dan terhidrat.

Di dalam artikel ini, saya telah mencuba Losyen Pemutihan Premium Hada Labo dan akan berkongsi dengan anda reviu terkini produk ini.

Hada Labo Premium Whitening Lotion Rich

 Hada Labo Premium Whitening Lotion Rich

Losyen umpama intipati ini telah direka dengan rumusan yang memberikan kulit penjagaan semua-dalam-satu bagi melawan bintik-bintik hitam.

Losyen ini diperkayakan dengan Asid Tranexamic untuk melawan dan menghalang bintik-bintik hitam serta vitamin C dan E tambahan untuk melindungi kulit daripada kerosakan oksidatif sambil Asid Nano Hialuronik ultra-pekat mengembalikan kelembapan kepada kulit, sekaligus menjadikan ia segar dan licin.

Kadar penembusan tinggi iaitu tiga kali ganda lebih tinggi berbanding produk lain bertindak sebagai intipati, menembus dalam kulit untuk mengembalikan seri kulit.

Manfaat

  • Asid Tranexamic – membantu melawan bintik-bintik hitam dan mengimbangkan semula warna kulit untuk kulit yang lebih cerah dan berseri
  • Asid Nano Hialuronik – dengan molekul halus yang boleh menembus kulit dan memberikan kelembapan di bahagian lapisan dalam kulit
  • Vitamin E – membantu melegakan dan mengembalikan keselesaan kulit selepas terdedah kepada matahari
  • Vitamin C – Menembus sel-sel dan memulihkan kerosakan kulit

 

Pembungkusan

Penutup botolnya adalah mudah dibuka dan ditutup, labelnya pula lengkap dengan manfaat bahan-bahan yang digunaan, cara penggunaan dan info lengkap lain.

Hada Labo Premium Whitening Lotion Rich 

Bahan-bahan

Water, Diglycerin, Glycerin, Tranexamic Acid, Butylene Glycol, PEG-8, PEG-6, PEG-32, PPG- 24-Glycereth-24, Methylparaben, Carbomer, Poly- sorbate 20, Styrene/VP Copolymer, Disodium EDTA, Hydrolyzed Hyaluronic Aci d, Mag nesium Ascorbyl Ph osphate, Tocopherol, Sodium Hyaluronate

Tekstur

Losyen ini mempunyai tekstur likat seperti serum tetapi ianya lebih ringan.

Cara Penggunaan

Gunakan setiap hari selepas pembersihan wajah. Tuangkan losyen pada tapak tangan ( saiz sebesar 20 sen )  dan mengurut secara lembut pada wajah  dan leher untuk menggalakkan penyerapan ke dalam kulit.

Review Ringkas

Saya sukakan teksturnya kerana ianya tidak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit. Yang paling penting, kita tidak perlu menggunakan kapas untuk meratakan losyen ke dalam kulit, hanya letak pada tapak tangan sahaja.

Sesuai untuk semua jenis kulit, Losyen Pemutihan Premium Hada Labo bersifat PH seimbang, bebas alkohol, wangian, pewarna dan minyak mineral.

Tekstur selepas disapu rata pada kulit. Nampak likat tetapi sebenarnya agak ringan dan cepat meresap ke dalam kulit. Kulit terus terasa lembap.

Harga

Losyen Pemutihan Premium Hada Labo (170ml) serba baharu dijual pada harga RM69.90 dan akan ditawarkan di semua farmasi terkemuka di seluruh negara bermula pada bulan September 2017.

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like