Saya berterus-terang sahaja, saya memang seorang yang ada rasa ingin tahu yang mendalam terhadap ritual dan keagamaan yang terdapat di seluruh dunia. Kerana minat yang mendalam itu, saya menyimpan impian untuk mengunjungi dua tempat keagamaan ini – Vatican City dan Palestin (tidak termasuk Mekah dan Madinah)

Alhamdulilah, saya dah pernah jejak kaki ke Vatican City. Dan ini adalah jangkaan awal dan pengalaman saya ketika berada di kota dengan tunggak rasmi agama Kristian itu.

Sebelum itu, info ringkas dahulu?

Apa itu Vatican City?

Kota Vatican adalah sebuah negara yang paling kecil di dunia. Dikelilingi oleh negara Rom, Vatican City cuma berkeluasan 100 ekar. Walaupun kecil, tetapi Vatican City ada kerajaan sendiri yang diterajui oleh para paderi, jadi mereka ada duit euro sendiri, setem, paspot, nombor plat, bendera dan lagu kebangsaan sendiri. Tetapi negara ini katanya tak ada cukai, jadi mereka dapat duit dari jualan tiket muzium, cenderahati dan setem, serta sumbangan dari orang tertentu.

 

Bagaimana hendak ke Vatican City dari Rome?

  • Ambil train ke Ottaviano dan jalan kaki selama 30 minit

  • Ambil train ke Risorgimento – San Pietro dan jalan kaki selama 17 minit

 

Apa yang diperlukan sebelum dapat masuk ke Vatican City?

Kalau anda hendak berlegar-legar di sekitar Vatican City, datang sajalah. Tapi kalau hendak masuk ke dalam (bahagian muzium dan sebagainya) atau mahu ikut tour , harus beli tiket terlebih dahulu.

Jika anda hendak masuk ke Vatican Museum dan chapel, dinasihatkan membeli secara online dengan harga penuh. Kalau tak, anda harus beratur panjang untuk mendapatkan tiket dan masuk ke dalam muzium. Panjang tu bukan sikit ye, panjang sehingga mengelilingi Vatican City sendiri.

Untuk membeli tiket ke Vatican Museum dan Sistine Chapel (contoh), lawati link ini:

https://biglietteriamusei.vatican.va/musei/tickets/do?action=booking

Bayaran sekitar 40 Euros, bersamaan dengan RM200 (ketika artikel ini ditulis)

Ada juga tiket-tiket lain terjual seperti jika anda mahu mengikut tour, mahu melihat ruangan arkeologi (tertakluk kepada masa) namun untuk artikel ini, saya kongsikan tentang lawatan saya ke Vatican Museum dan Sistine Chapel.

 

Apa expectation saya?

Sebelum saya sampai ke bumi Rom, saya sudah berimaginasi yang Vatican City ini dipenuhi dengan paderi dan sister yang berlegar-legar membawa lilin. Saya juga membayangkan ada ketikanya paderi berdiri di luar balkoni di mana-mana ruang dalam istana Vatican sambil mengucapkan “Buongiorno!” Bila malam menjelma, kedengaran sekumpulan paderi atau sister menyanyi dalam koir.

 

Apa realiti sebenar di Vatican City?

Sepanjang jam saya di Vatican City, seorang paderi pun saya tak nampak. Apatah lagi persembahan koir. Vatican City saling tak tumpah adalah sebuah muzium, arkib dan pengumpulan relik kristianisasi zaman dahulu kala.

 

Apa yang seronok sepanjang berada di Vatican City?

Jika anda berada di Vatican City secara bajet, perkara paling biasa sudah tentulah melawat Muzium Vatican dan Sistine Chapel. Dalam tour, samada bersama pemandu pelancong atau secara persendirian ini, anda akan dapat mengunjungi:

  • Apollo Belvedere

Apollo Belvedere atau Apollo dari Belvedere-juga dikenali sebagai Pythian Apollo- adalah patung marmar yang dibina sejak dari zaman purba klasik. Ia ditemui semula di Itali tengah pada akhir abad ke-15, semasa zaman Renaissance.

  • Chiaramonti Museum

Museo Chiaramonti. Muzium ini mendapat namanya dari Paus Pius VII (nama terakhirnya adalah Chiaramonti sebelum beliau menjadi paus), yang mengasaskan muzium itu pada awal abad ke-19. Muzium ini terdiri daripada galeri melengkung yang besar di mana kedua-dua bahagian mempamerkan beberapa patung, keranda dan dekorasi dinding

  • Sistine Chapel

Sistine Chapel adalah sebuah gereja besar di Vatican City. Ia terkenal dengan seni Renaissancenya, terutamanya bahagian siling yang dicat oleh Michelangelo, dan menarik lebih dari 5 juta pengunjung setiap tahun.Gallery of Maps

The Gallery of Maps adalah galeri yang terletak di sebelah barat Belvedere Courtyard dalam Vatican yang mengandungi satu siri peta topografi Itali yang dilukis oleh Ignazio Danti.

  • Gallery of the Candelabra

Galeri ini mengambil namanya dari marmar candelabra, dan tiang marmarnya yang berwarna membahagi kawasan pameran kepada enam bahagian. Beroperasi di bawah Pope Pius VI Braschi antara 1785 dan 1788, galeri itu telah diubahsuai sepenuhnya di bawah Paus Leo XIII Pecci (1878-1903), dan hiasan pada ketika itu kekal sehingga ke hari ini. Penyusunan semula telah dilakukan oleh Annibale Angelini, di mana beliau melantik Domenico Torti dan Ludwig Seitz untuk menguruskan hal lukisan, dan Giuseppe Rinaldi dan Luigi Medici untuk inlay marmar. Tema galeri ini mengikut kriteria simetri yang serasi dengan seni binanya, yang mana anda boleh mendapat akses melalui pintu gangsa yang monumental, dan masih boleh dilihat sekarang.

  • Gallery of the Tapestries

Pameran fabrik ala permaidani yang dihasilkan oleh anak murid Raphael semasa pontificate Clement VII (1523-1534). Ia pertama kali dipamerkan di Sistine Chapel pada tahun 1531 sebelum dipamerkan pula di galeri ini pada tahun 1838.

  • Lacoon

Patung Laocoön dan Anak-Anaknya, yang juga dikenali sebagai Laocoön Group, telah menjadi salah satu ukiran kuno yang paling terkenal sejak digali di Rom pada tahun 1506 dan diletakkan di paparan awam di Vatican, di mana ia kekal dipamerkan sehingga ke hari ini.

  • Pinecone Courtyard

The Fontana della Pigna atau Pigna (“The Pine cone”) adalah bekas air Roman yang kini menghiasi ceruk luas di dinding Vatikan yang menghadap Cortile della Pigna.

 

  • Raphael’s Rooms

Raphael’s Rooms membentuk seperti suite bilik resepsi di istana, merangkumi sebahagian daripada pangsapuri paderi di Istana Vatikan. Bilik ini terkenal dengan fresko yang dicat oleh Raphael.

 

Apa yang tak best sepanjang berada di Vatican City?

Orang yang terlalu ramai ketika di dalam muzium Vatican, menjadikan perjalanan sesak dan lambat malahan sedikit terganggu ketika hendak menikmati fresko, tapestry mahupun hiasan di siling. Tetapi apa nak buat, dah nama pun tempat tumpuan pelancong, kan? Akhirnya, terasa sedikit bosan kerana tidak dapat menikmati sepenuhnya apa yang dipamerkan kerana orang terlalu ramai – saya cuma seperti berjalan-jalan kosong akhirnya.

 

Lagi gambar-gambar sepanjang kunjungan kami ke Vatican City:

3 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like