Kita memang tahu, mentega sering menjadi bahan masakan utama dalam kek, lauk-pauk dan sebagainya. Tapi tahukah kamu, mentega ada banyak kegunaan lain selain digunakan di dapur? Haa moh kita tengok kegunaan-kegunaan lain mentega.

1. Kurangkan bunyi geselan pintu

Engsel pintu lama yang menghasilkan bunyi memang menjengkelkan. Kamu boleh gunakan mentega pada engsel pintu menggunakan berus cat atau isi je terus kat celah-celah engsel pintu tu. Bunyi pintu berkurang, hidup kamu pun tenang!

2. Untuk bantu telan ubat

Tak semua orang kuat bila bercakap tentang makan pil. Kalau kamu ada masalah telan pil, kamu boleh cuba lumurkan atau sapu sedikit mentega pada pil supaya ia lebih lancar masuk ke dalam tekak. Tips ini juga sesuai untuk kanak-kanak yang susah nak telan pil.

3. Mengeluarkan cincin yang ketat di jari

Selain dari menggunakan air buih sabun, kamu juga boleh cuba mentega kalau nak keluarkan cincin yang lekat ketat di jari kamu. Sapu sahaja sedikit mentega pada cincin, confirm ia akan mudah dikeluarkan.

4. Potong kek atau apa-apa jenis makanan yang lembut atau melekit

Kalau kamu ada masalah potong kek, pulut atau apa-apa jenis makanan yang melekit, sapu sedikit mentega pada pisau kemudian potonglah kek atau makanan tersebut. Senang, takdelah kek jadi hancur sebab susah nak potong.

5. Menguraikan barang kemas berantai yang berbelit-belit

Tips ini hanya sesuai untuk barang kemas yang kurang mahal. Kalau rantai kamu berbelit-belit antara satu sama lain, sapu sedikit mentega di bahagian yang berbelit tu dan kamu akan dapati akan jadi mudah untuk kamu leraikan kekusutan tersebut, ha gitu.

6. Mengekalkan kesegaran keju

Semua sudah sedia maklum yang keju harganya agak mahal, terutama keju yang jenis keras atau blok. Untuk mengelakkan keju cepat berkulat atau rosak, kamu boleh sapu mentega pada bahagian keju yang telah kamu potong atau parut, kemudian simpan semula dalam peti ais. Ia berfungsi seperti pelindung kepada keju.

7. Menghilangkan kesan pen atau marker pada patung anak anda

Kadang-kadang budak-budak ni terlebih curious, habis patung Barbie yang kita beli mahal-mahal dicontengnya. Tapi tak apa, dengan adanya mentega, anda boleh hilangkan kesan contengan tersebut. Caranya, sapukan mentega pada bahagian yang diconteng dan jemurkan di bawah matahari. Kemudian basuh dengan sabun dan air, insyaAllah hilanglah atau akan berkuranglah kesan contengan itu.

8. Menghilangkan bau yang kurang enak di dapur

Bau hanyir ikan atau bau busuk di dapur akibat makanan basi ke contohnya, sudah tentu sangat tidak menyelesakan. Kamu boleh menghilangkan bau ini dengan meniru bau biskut dibakar. Panaskan oven dengan suhu rendah, dan sapukan sedikit mentega, serbuk kayu manis dan gula perang pada kertas pembakar. Letakkan dalam oven beberapa minit, nanti dapur anda akan berbau seperti lepas buat biskut raya.

9. Jadikannya lilin segera

Di masa-masa gangguan elektrik di mana kamu memerlukan lilin tapi ia tiada dalam simpanan kamu, kamu boleh gunakan mentega. Caranya, gulung beberapa tisu tandas (atau apa-apa tisu). Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat lubang di tengah mentega yang masih keras. Sumbat tisu tadi di lubang pada mentega dan nyalakan api. Nah, ada sudah lilin kamu.

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More

Tips & Cara-cara Bancuh Simen

Sebagai wanita, kita harus tahu perkara asas dalam pembinaan. Mana tahu satu hari nanti nak buat rumah atau nak simen batu-bata ke?