“Anda ada masa untuk sakit kepala?” Mesti korang semua biasa dengar tagline tersebut bila tengok iklan Panadol Actifast, kan? Adakah anda salah seorang pengguna Panadol atau nama saintifiknya, paracetamol? Ini kami kongsikan beberapa fakta penting tentang paracetamol.

Terlebih dahulu, konsep yang anda perlu faham adalah semua Panadol adalah jenama ubat yang mengandungi paracetamol, tetapi bukan semua paracetamol dijenamakan sebagai Panadol. Ada juga brand paracetamol lain seperti Tylenol dan sebagainya.

Bagaimana paracetamol berfungsi?

Paracetamol adalah sejenis ubat tahan sakit yang boleh mengurangkan demam dan salah satu jenis ubat yang tidak memerlukan preskripsi dari doktor. Sebab itulah korang boleh beli panadol terus dari farmasi atau kedai runcit tanpa perlu berjumpa doktor terlebih dahulu.

Paracetamol juga dikatakan mampu mengurangkan penghantaran signal rasa sakit-sakit ke saraf dan otak. Selain dari mengurangkan rasa demam, paracetamol juga memberikan kelegaan cepat, efektif tetapi sementara kepada rasa sakit dan tidak selesa pada badan.

Untuk Panadol pula, salah satu jenama ubat paracetamol, ia bukan saja boleh mengurangkan rasa demam tetapi juga melegakan kesakitan dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh sakit kepada, pening kepala, migrain, arthritis, selsema, sakit gigi, sakit gusi, sakit otot, sakit tekak dan ketidakselesaan bila datang haid.

Bagaimana cara yang betul untuk makan Panadol?

Panadol boleh dimakan sebelum atau selepas makan. Pengambilan Panadol lebih dari dua-tiga hari adalah tidak digalakkan kerana ia dikhuatiri boleh mendatangkan kesan sampingan, namun begitu jarang sekali ia dilaporkan berlaku.

Panadol yang telah melebihi tarikh luput tidak lagi selamat untuk dimakan. Walaupun perempuan yang sedang menyusukan anak boleh makan Panadol, namun demikian anda digalakkan bertanya kepada pakar atau doktor sebelum memakannya.

Kalau selalu makan Panadol, ada kesan sampingan tak?

Walaupun adalah tidak digalakkan untuk makan Panadol secara berterusan, namun amat jarang dilaporkan adanya kesan sampingan apabila seseorang makan Panadol mengikut dos yang telah ditetapkan di belakang pek Panadol.

Apakah perbezaan antara paracetamol, aspirin dan ibuprofen?

Paracetamol adalah sejenis ubat tahan sakit yang ‘simple’ dan kurang bahan dadah perubatan. Seperti yang dinyatakan di atas, oleh kerana itu paracetamol mudah didapati di farmasi mahupun kedai-kedai runcit.

Aspirin pula adalah ubat tahan sakit jenis NSAID (ubat anti radang bukan steroid). Penggunaannya selalunya harus disertakan preskripsi dari doktor. Aspirin boleh melegakan kesakitan dan radang otot, seliuh, sakit belakang, sakit kepala, sakit tekak, sakit gigi dan sakit ketika datang haid. Ia juga boleh mengubat selsema dan mengurangkan demam. Aspirin boleh digunakan untuk mencairkan darah dalam dos yang kecil.

Aspirin haruslah diambil dengan preskripsi dari doktor kerana ia dikhuatiri boleh mendatangkan kesan sampingan memudaratkan terhadap pesakit yang menghidap darah tinggi, gangguan darah, asma, ulser perut, sakit buah pinggang dan hati.

Ibuprofen juga sama seperti aspirin, tetapi dos mereka berlainan. Dos dalam aspirin biasanya antara 300-900 mg manakala ibuprofen pula adalah 1200-1800mg. Dengan kata lain, dos dalam ibuprofen lebih kuat berbanding aspirin.

Sama seperti aspirin, ibuprofen haruslah diambil atas nasihat doktor sahaja dan ia boleh melegakan sakit yang sama seperti aspirin iaitu kesakitan dan radang otot, seliuh, sakit belakang, sakit kepala, sakit tekak, sakit gigi dan sakit ketika datang haid. Ia juga boleh mengubat selsema dan mengurangkan demam.

Kesan sampingan apabila seseorang mengambil ibuprofen adalah rasa pening dan mengantuk.

Jenis-jenis Panadol

Terdapat pelbagai jenis Panadol di pasaran. Tak semua Panadol adalah Actifast, ada juga Panadol Extend dan fungsinya mungkin berbeza antara satu sama lain.

1. Panadol Optizorb Caplets

Melegakan sakit kepala, migrain, sakit tekak, demam dan sakit gigi.

2. Panadol Extend Tablets

Boleh melegakan kesakitan sehingga lapan jam. Ia boleh melegakan demam, sakit kepada, migrain, sakit gigi, sakit selepas rawatan gigi, sakit otot dan sendiri, sakit akibat haid, sakit selepas vaksin, sakit tekak dan ketidakselesaan akibat selsema.

3. Panadol Soluble

Melegakan sakit kepala tahap sederhana, migrain, sakit otot, sakit tekak, kesakitan akibat vaksin, sakit selepas rawatan atau cabut gigi, sakit gigi dan osteoarthritis.

4. Panadol Menstrual

Melegakan perut kembung, kembung air, sakit kepala, demam, sakit belakang, sakit otot dan apa-apa kesakitan yang berkaitan dengan pra-haid atau ketidakselesaan ketika haid.

5. Panadol Actifast

Menyerap dua kali ganda lebih pantas dari paracetamol biasa, dengan itu melegakan sakit lebih cepat. Melegakan demam, sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit otot, sakit ketika haid, sakit gigi, sakit selepas vaksin dan ketidakselesaan akibat selsema dan sakit tekak.

6. Panadol Extra

Juga boleh melegakan kesakitan dengan pantas. Ia melegakan tanda-tanda awal demam seperti sakit kepala, juga melegakan migrain, sakit belakang, sakit gigi, selsema dan sakit tekak.

Disclaimer: Artikel ini bukan bertujuan untuk nasihat kesihatan. Jika anda kurang sihat, sila berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berhampiran anda.

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like