Dulu sis skeptik nak dengar lagu tempatan, apatah lagi kalau yang menggubah dan menyanyinya budak-budak atau orang muda. Namun selepas tahun bertukar ganti, sis dapati banyak je lagu belia zaman kini lebih bijak dan sangat kena dengan situasi semasa, terutama dalam kehidupan muda-mudi. Dengan kata lainnya, taklah bosan dan tangkap leleh je.

Contohnya lagu “Stop Lah Being So Cute” dari Harith Zazman ni. Sekali dengar di radio terus rasa tertarik nak dengar lagi. 

Melodi lagu ni sangat catchy, mudah melekat di kepala; bila dengar terus rasa happy dan rasa nak menari je. Sesuai la dengan tema lagu ni iaitu ‘cute’. Selain dari itu, yang menarik perhatian sis ialah kreativiti dalam liriknya agak brilliant. Contohnya seperti lirik di bawah: 

She so cute so so fly 

Tengok muka you I lalai 

Quarantine got me feeling like 

Ay damn, bila boleh you jumpa I 

Sis tak sangka yang penggunaan perkataan ‘lalai’ yang mungkin susah untuk di-rhyme tu masuk dalam rangkap ni, bukan je dari sudut rhyme tapi kena dengan penceritaan rangkap tersebut. Cute sangat sampai leka dibuatnya! 

Bahagian chorus pulak:

You, you memang sangat cute

So stop lah being so cute

You buat I hanyut

Sis rasa penulis lirik ni pandai betul. Walaupun nampak macam lirik dia simple, tapi dia letak ayat kena pada situasi lirik tu. Contohnya perkataan hanyut tu, melodinya kat situ pun hanyut jugak. So best!

Memangla untuk pakar bahasa, tak elok campur-campur bahasa Melayu dan Inggeris sebab merosakkan bahasa kebangsaan, tapi kamonla bagi chance sebab rojak bahasa dalam lirik lagu ni mempamerkan perbualan budak-budak zaman sekarang. 

Walaupun sis rasa lagu ni dah nak perfect dari segi melodi mahupun lirik, cuma kalau diberi peluang untuk mengkritik secara peribadi, sis nak point pada rangkap nyanyian Loca B:

I know I’m cute call me gwiyomi

Tapi jangan main jatuh cinta suka hati

Tak makan kata puji, warning tengok jari

Dia tangkap jari letak tangan ku di hati

How I wish yang Loca B guna reference selain dari gwiyomi sebab Gwiyomi jadi trend sekitar tahun 2013; sekarang dah 2020, dah 7 tahun berlalu, macam dah kurang relevant sebab rasanya tak semua belia kenal atau ingat dengan Gwiyomi lagi. Mungkin Loca B boleh guna reference yang lebih up-to-date? 

Tapi secara keseluruhan, lagu ni memang cute, memang mantap! Jom layan video clip Harith Zazman ni, yang tak kurang juga cutenya:

Artikel asal: http://popjagung.com/2020/07/23/stop-lah-being-so-cute-harith-zazman/

3 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like