Artikel asal dari Kaki Melancong dengan tajuk asal Tak Mahu Percutian Anda Menjadi Mimpi Buruk? Sediakan Itinerari Sebelum Terlambat!

Saya masih ingat lagi sewaktu percutian saya ke Europe 2 tahun lepas ketika mula-mula jejak kaki di Airport Gatwick London. Saya dapati bercuti dengan menyediakan itinerari bukan saja menyenangkan kita buat program lokasi mana hendak pergi dulu malah sewaktu bersoal jawab dengan pegawai imigresen.

Ketika tahun 2012, saya dan kawan travel saya bersengkang mata mencari info lokasi atau tourist attraction, transport malah hotel yang bakal kami menginap. Kami bersedia 6 bulan sebelum berlepas kerana kami akan backpack sahaja untuk selama 2 minggu.Backpackers boleh di labelkan sebagai ‘ budget traveller’ atau dalam lain maksud yang lebih lembut pengembara yang cukup-cukup makan aje.

Sepanjang 2 minggu itu juga kami akan masuk dan keluar ke 4 buah kota di negara berasingan. Jadi London sebagai pintu masuk saya dapati imigresennya agak ketat berbanding France, Belgium dan juga Holland. Sebelum berlepas saya baca tentang ada rakyat atau pelancung yang tersangkut hanya di sebabkan tersalah jawab atau tidak bersedia.

Saya rasa jika anda pergi dalam group sekali pun setiap salah seorang mesti ada itinerari di samping passport yang sentiasa di bawa di dalam pouch masing-masing. Bukan apa sebab kadang-kadang ada di antara rakan-rakan jika kita pergi dengan group yang hanya jadi follower. Bukan salah pun cuma katalah sesuatu terjadi di airport contohnya kebakaran atau sesuatu yang tidak di ingini kan senang jika masing-masing ada salinan hotel booking dan tiket yang kita dah sediakan awal-awal.

Kita dari Malaysia terutama orang melayu yang berugama islam pasti akan di periksa atau di soal jawab lebih dari pelancong negara barat.Sebagai contoh semasa di Gatwick Airport dulu kami di tanya tujuan kami ke sana, apa pekerjaan kami, berapa hari tinggal di london dan di mana kami akan menetap.

Untuk mempercepatkan dan mengurangkan sesi soal jawab yang kadang-kadang kalau salah jawab boleh jadi freddy nightmare adalah dengan menyediakan itinerary di samping salinan hotel booking serta tunjukkan tiket kapal terbang dan transport lain jika sudah menempah secara online.

Sewaktu di Schipol Airport di Netherland atau Holland bulan lepas kami di tanya oleh pegawai immigration tujuan kami ke negara mereka. Kami terus bagi tau kami mahu menikmati keindahan negara mereka lalu terus menunjukkan itinerari yang telah siap kami bookletkan . Bila kami tunjuk booklet itinerari kami,pegawai immigresen terus senyum dan lepaskan kami bertiga jalan.

Ada pelancong dari negara lain yang saya perhatikan tersangkut lama dan saya pasti ia akan menyebabkan keresahan terutama jika kes-kes terrorist ni di labelkan datang dari rakyat berugama islam.Saya yang hanya seorang peniaga online hanya mengatakan kami hanyalah surirumah yang mahu bercuti . Jika saya kata kami berniaga nanti macam-macam pulak di soal.

Lagi satu biarlah sewaktu beratur jika travel lebih dari seorang kesemua travel mate beratur di kaunter pegawai imigresen yang sama. Ini memudahkan kita dan pegawai imigresen tu mempercepatkan proses soal jawab dan kadang-kadang mereka bertanya adakah kita datang berkumpulan. Lagi kita mudahkan kerja mereka lagi cepat kita boleh berjalan-jalan.

Begitulah pentingnya itinerari yang walaupun di sediakan hanya untuk memudahkan program bercuti tapi sangat berguna di pintu masuk sesebuah negara.

PS : Kalau dah tak sempat lansung, buat itinerary ringkas-ringkas aje. Nak bagi cepat lepas kat imigresen je.

Artikel asal dari Kaki Melancong dengan tajuk asal Tak Mahu Percutian Anda Menjadi Mimpi Buruk? Sediakan Itinerari Sebelum Terlambat! Lawati laman web Kaki Melancong untuk lebih banyak tips travel

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like