Hello hello hello, Alayna menulis lagi. Boss saya mahu saya tulis sesuatu yang bermanfaat dan bukan berkisar tentang hati dan perasaan. Jadi, kali ini, saya ingin berkongsikan info dan tips ringkas dan mudah tentang menjadi insan yang baik dengan hanya menggunakan satu air ajaib.

Siapa yang tak nak jadi orang yang baik kan? Definisi baik tu sangat luas dan subjektif, tapi untuk artikel ini, insan yang baik saya definisikan sebagai:

  1. Yang baik manners (adabnya)
  2. Yang cuba menjaga akhlaknya
  3. Yang cuba menjauhkan diri dari maksiat
  4. Yang cuba untuk solat awal waktu

Tapi bagaimana caranya? Dalam tajuk artikel ada disebut air ajaib, air apa tu? Sebenarnya, air ajaib itu adalah wuduk :B

Ada sebab mengapa saya katakan wuduk boleh menjadi “air ajaib” yang membantu kamu menjadi insan yang baik. Terlebih dahulu, kita lihat dulu apakah itu wuduk, perkara wajib dalam wuduk dan perkara yang boleh menyebabkan wuduk terbatal – untuk yang kurang tahu macam saya.

Wuduk dari segi bahasa bermaksud suci dan indah. Dari sudut solat pula memastikan diri bebas dari hadas kecil untuk mereka yang nak mengerjakan solat.

Syarat sah wuduk adalah:

  1. Niat
  2. Membasuh seluruh muka
  3. Membasuh kedua-dua tangan sehingga ke siku
  4. Mengusap sebahagian dari rambut kepala
  5. Membasuh kedua-dua belah kaki sehingga ke buku lali
  6. Tertib atau berturut-turutan

0501-wp-solat-by-afia-dreamstime-sm

Manakala perkara yang membatalkan wuduk adalah:

  1. Buang angin atau buang air besar atau kecil
  2. Tersentuh bukan muhrim/mahram
  3. Keluar air mani, mazi dan haid
  4. Dan lain-lain

Jadi macamana wuduk ni boleh menjadikan kita orang yang baik? Senang je, cubalah jaga wuduk dan cuba sentiasa berada dalam keadaan berwuduk selama mana yang kamu boleh.

  1. Kalau kamu ada wuduk, sudah pasti kamu tak nak terbuang angin kan? Ini secara tak langsung menjadikan kamu seorang yang beradab, tak buang angin secara senyap-senyap dan bersepah-sepah. Kamu juga akan lebih menjaga pemakanan dan mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan angin satu badan.
  2. Kalau kamu nak menjaga wuduk, secara automatik kamu juga akan menjaga akhlak kamu. Segan rasa nak mencarut atau bercakap perkara tak senonoh. Tak nak pegang tangan pakwe makwe sebab nanti wuduk terbatal. Apatah lagi benda yang lebih daripada itu.
  3. Kalau kamu ada wuduk, kamu takkan buat perkara-perkara yang menjurus ke arah maksiat dan nafsu syahwat seperti tengok filem lucah, tengok perempuan seksi-meksi dan sebagainya sebab perkara-perkara ini boleh menyebabkan wuduk kamu terbatal.
  4. Yang paling penting, kalau kamu sentiasa dalam keadaan berwuduk, solat lebih mudah dilaksanakan dan ini mungkin akan membantu kamu untuk solat tepat pada masanya.

Jadi, kesimpulan ringkas yang dapat saya kongsikan di sini ialah cubalah menjaga wuduk kamu selama mungkin jika kamu ingin berubah ke arah kebaikan. Mudah kan? Thank me later, satu share mudah-mudahan dapat satu pahala :B

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like