Hotel Jen hari ini mengorak langkah ke hadapan apabila menjadi hotel antarabangsa pertama di Asia yang menggunakan robot relay autonomi. Hotel Jen Orchardgateway dan Tanglin Singapura mengalu-alukan kehadiran robot Jeno dan Jena di mana kedua-duanya akan menghantar  keperluan dan makanan tempatan kegemaran tempatan dari menu makan dalam bilik kepada tetamu, apabila pesanan dibuat.

“Hotel Jen bangga menjadi jenama pertama dari Shangri-La Group yang memperkenalkan teknologi ini. “Rakan sekerja” baru akan menjadi ahli pasukan yang hebat dalam memastikan perkara-perkara penting dilakukan dengan baik dan disampaikan dalam gaya Jen yang tersendiri. Dikenali sebagai pengendali pengalaman yang menyeronokkan, Hotel Jen, melalui robot Relay, sekali lagi membuktikan ia dapat memberi kejutan dan menggembirakan tetamu “kata Cetin Sekercioglu, naib presiden eksekutif Shangri-La Hotels and Resorts.

Terletak di lobi hotel 24/7, kedua-dua Jeno dan Jena dikenakan pakaian seragam dengan warna tema Hotel Jen – turquoise dan merah jambu, dihiasi dengan imej basikal yang melambangkan naluri pengembaraan. Diilhamkan oleh konsep butler, Toby Tan (@tobyato) dari Band of Doodlers mereka jaket dan tali leher untuk Jeno, dan selendang untuk Jena.

Pasangan robot ini mempunyai ketinggian hampir satu meter dan datang dengan keupayaan untuk bergerak tanpa pemandu di sekitar hotel pada kelajuan sekitar 2.5 km / j, separuh dari kelajuan berjalan manusia. Mereka boleh menaiki lif, membuat panggilan telefon ke bilik semasa ketibaan, dan dilengkapi sensor sensitif yang tahu untuk mengelakkan halangan dalam laluannya.

Jeno dan Jena kedua-duanya diintegrasikan dengan sistem perisian yang dengan mudah dapat menjejaki senarai tugasan mereka sejurus selepas menerima pesanan. Perlu tuala tambahan atau sebotol air? Para tetamu boleh mengharapkan salah satu dari pasangan ini untuk menghantar pesanan dalam masa 15 minit dari masa permintaan. Rasa lapar waktu tengah malam boleh dikurangkan dengan hidangan menu makan malam citarasa tempatan yang boleh dipesan dari tengah malam hingga pukul 6 pagi.

Designed and built by Savioke, Relay is the first fully-autonomous delivery robot that has been deployed in over 70 dynamic busy environments such as logistics, hotels, office buildings, and high rise apartments. Using advanced technology to navigate around people and objects, Relay delivers items quickly, safely, and reliably. Since initial commercial deployment in 2014, Relay robots have made over 150,000 autonomous deliveries.

Direka dan dibina oleh Savioke, Relay adalah robot penghantaran autonomi sepenuhnya yang pertama dan telah digunakan di lebih dari 70 persekitaran yang dinamik seperti logistik, hotel, bangunan pejabat, dan pangsapuri bertingkat tinggi. Menggunakan teknologi canggih untuk menavigasi sekitar manusia dan objek, Relay menghantar item dengan cepat, selamat, dan boleh dipercayai. Sejak penggunaan komersil awal pada tahun 2014, robot Relay telah membuat lebih daripada 150,000 penghantaran autonomi.

Tentag Hotel Jen

Memfokuskan kepada pengembara urban, jenama Hotel Jen memberikan kualiti, keselesaan dan nilai dengan sentuhan yang menyenangkan dan perkhidmatan yang mesra. Hotel Jen merangkumi rasa cintakan kehidupan dan pengembaraan, membantu pelancong yang ingin pergi meninggalkan suasana kebosanan dengan memberikan pengalaman spontan, pandangan yang luar biasa dan perspektif yang tidak konvensional. Dilancarkan pada 2014, Hotel Jen menawarkan 10 hotel unik di beberapa lokasi terbaik di seluruh Asia Pasifik, termasuk Singapura; Hong Kong; Beijing dan Shenyang, China; Manila; Pulau Pinang dan Johor di Malaysia; Brisbane, Australia; dan Malé, Maldives. Hotel Jen dijangka dibuka di Kota Kinabalu, Malaysia pada tahun 2019. Untuk maklumat lanjut, layari www.hoteljen.com.

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like