Siapa yang tidak kenal dengan jenama Cosway sebagai sebuah syarikat pemasaran rangkaian tempatan terkenal yang dipercayai selama 38 tahun? Baru-baru ini Cosway telah melancarkan “Experience Centre” pertamanya di Berjaya Times Square, sebagai sebahagian daripada strategi pembinaan dan penjenamaan semula model perniagaannya yang bertujuan untuk memberikan pelanggan satu pengalaman membeli-belah yang baharu.

Pusat ini dirasmikan oleh YB Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan, dan Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan, pengasas Kumpulan Berjaya, di hadapan 400 peneraju perniagaan Cosway antarabangsa dan tempatan, individu berpengaruh di media sosial (“influencers”) dan tetamu dalam pelancaran yang gemilang ini.

Cosway Experience Centre

“Cosway Experience Centre” merupakan suatu pusat berbentuk revolusioner yang berbeza daripada kedai runcit yang biasa. Ia mempamerkan rangkaian produk-produk Kesihatan & Kesejahteraan, Penjagaan Rumah & Hidup, Kecantikan, Makanan & Minuman Cosway yang luas menerusi lapan zon pengalaman yang bertemakan gaya hidup.

Zon-zon yang luas ini dilengkapi dengan panduan interaktif, unit-unit demonstrasi dan mesin-mesin dianogsis berketepatan tinggi dan memberikan maklumat berasaskan fungsi manfaat holistik dan kesihatan produk-produk Cosway kepada bakal pelanggan.

Pusat ini juga akan berfungsi sebagai pusat kutipan untuk pembelian online.

Para pelanggan kini boleh mengunjungi “Cosway Experience Centre” atau menghubungi  nombor telefon 03-21411636 untuk mendaftar dan menerima penilaian kesihatan serta perundingan kecantikan secara percuma bermula dari 18hb hingga 30hb September. “Cosway Experience Centre” dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari di Lower Ground Floor, Berjaya Times Square, No. 1, Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut mengenai #CoswayCares, lawati:

Laman Web: http://cosway.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/CoswayMY/
Instagram: @Coswaymy

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like