Perkahwinan penyanyi Hafiz Hamidun dan juga pengusaha produk kecantikan Joy Revfa yang kecoh sejak sebulan lalu, sekali lagi diuji apabila Joy Revfa atau nama penuhnya Siti Arifah Amin memfailkan permohonan pembubaran nikah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini hari ini.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, tindakan Joy itu dibuat selepas suaminya meragui pernikahan mereka sejak berbulan lalu. Desas desus mengatakan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa tidak tinggal sebumbung selepas 6 hari mereka bernikah.

HAFIZ HAMIDUN DAN JOY REVFA

Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 30, berkata tindakan itu diambil atas hak dan statusnya sebagai isteri Hafiz yang sah. Joy Revfa berkahwin dengan Dato’ Ray Imran dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dan perkahwinan mereka berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia.

 

Joy dan Hafiz diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, pada 1 Mei lalu.

Menurut Joy lagi, suaminya Hafiz sedia maklum mengenai perkara itu kerana dia sendiri yang membuat surat pengesahan perceraian. Tiba-tiba pada 23 Mei lalu, Hafiz membangkitkan perkahwinan mereka tidak sah dan Hafiz tidak lagi menganggap dirinya sebagai isteri.

Joy Revfa mendakwa dia  tidak diberi nafkah zahir dan batin dan berjuang untuk mempertahankan hak sebagai wanita. Sementara itu, Hafiz dilihat berada di perkarangan mahkamah seawal jam 9 pagi dan  turut memfailkan permohonan pembubaran nikah mereka.

Baru-baru ini Joy dan Hafiz juga ada membuat ‘drama’ sindir menyindir di laman sosial masing-masing ditambah pula dengan status kakak sulung Joy di laman sosial Facebook mengiyakan hubungan suami isteri Joy dan Hafiz yang berantakan.

 

Apa pun kami berhadap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Masalah nikah kahwin ini bukan masalah remeh ya, jika was-was harus rujuk ke Pejabat Agama untuk tindakan lanjut.

 

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like