Sebuah jenama kasut yang terkenal, Bata baru-baru ini telah memperkenalkan satu wajah baru, iaitu penyanyi Republik Czech yang terkenal, Lenny Filipova sebagai duta barunya. Kerjasama diantara Bata dengan bintang yang semakin meningkat nama di seluruh Eropah ini bermula semasa hujung  Fesyen Bata di Itali pada 28 April 2018.

Lagu bertajuk “Enemy” yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut menarik minat Bata untuk memilih penyanyi tersebut sebagai duta kerana dikatakan mempunyai persamaan dengan komunikasinya seperti contoh menyokong dalam memupuk keyakinan dan keberanian di dalam diri seorang wanita  terutamanya dalam mengawal kehidupan mereka.

Kempen “Me & Comfortable With It” telah dilancarkan pada tahun lepas, yang bertujuan untuk memperkuat keyakinan diri dan memerangi prasangka. Tumpuan utamanya adalah pada wanita, kerana penting untuk memberi kesedaran kepada mereka bahawa setiap wanita boleh menjadi cantik dan yakin dengan dirinya sendiri dalam kehidupan seharian dan setiap situasi.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like