Hampir semua orang di zaman ini memiliki telefon pintar atau smartphone. Di sebalik semua kelebihan dengan adanya telefon pintar, ada satu masalah yang harus kita khuatiri iaitu masalah ketagih tengok telefon, telefon tak lekang di tangan, asyik-asyik tengok telefon. Dari yamg dewasa hinggalah kanak-kanak. Mungkin kamu juga sedang mengalami masalah ketagihan ini dan nak atasinya. 

Tapi bagaimana? Langkah pertama yang terbaik adalah mulakan dengan diri sendiri. 

1. Paksa diri buat aktiviti luar

Tentukan hari-hari di mana kamu melarang diri kamu belek telefon di waktu siang. Buat aktiviti luar rumah seperti jogging atau berkebun – dengar kata berkebun jadi aktiviti in trend sekarang. Luangkan sekurang-kurangnya sejam pada hari itu untuk kamu buat aktiviti luar yang kamu mahu. Kalau kamu berjaya, kemudian bolehlah anak famili turut sama dalam aktiviti ini.

2. Kurangkan penggunan aplikasi media sosial

Okay kalau kamu masih tak boleh berenggang dengan telefon, apa kata mulakan dengan kurangkan dengan bermedia sosial. Gunakan telefon pintar kamu untuk membaca ebuku, atau buat kajian tentang perkara yang membuatkan kamu curious seperti kes 1MDB, atau cari resepi. Dah baca, terus lekas-lekas tutup telefon!

3. Buat cabaran berfaedah

Contohnya, sebelum nak guna telefon cabar diri kamu baca 15 mukasurat buku atau 15 kali tekan tubi atau kek lapis 15. Apa-apa saja asalkan cabaran yang berfaedah. Selepas berjaya, baru boleh tengok telefon.

4. Mulakan projek satu jam

Pilih satu projek yang kamu minat, tak kisah apa-apa asalkan bukan projek kat telefon, dan laksanakannya dalam masa sejam. Contohnya seperti susun baju dalam almari, bersihkan rak pinggan mangkuk, kira berapa banyak koleksi Tupperware dan sebagainya. 

5. Buat sistem denda

Set berapa jam kamu dibenarkan tengok telefon dan jadikannya undang-undang. Kalau kamu terlajak atau langgar undang-undang tersebut, kamu kena bayar denda berupa duit. 

6. Atasi FOMO atau rasa nak jadi yang terawal tahu berita/perkara tertentu

Apa itu FOMO? FOMO atau “Fear of missing out” adalah sindrom takut kalau menjadi antara yang terakhir tahu akan sesuatu perkara. Kamu kena kena tanya diri kamu, apa dan berapa kelebihan menjadi orang terawal tahu ni? Adakah berita tersebut membawa impak besar pada kehidupan kamu? Jika kamu lebih banyak jawap tidak dari ya, jadi tak perlulah kamu jadi “First liker”. Nikmati kehidupan sebenar di luar alam maya. 

7. Buat sistem ganjaran

Kalau kamu berjaya tak tengok telefon untuk sekian-sekian masa, belanja diri kamu, hadiahkan diri kamu beg dUCk (saya nak juga) atau kalau nak sangat, hadiahkan 24 jam keesokan harinya tengok telefon….tapi better janganlah

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like