Menerusi saluran baharu iflix, iaitu TikTok (TikTok Channel), pengguna iflix kini boleh menonton pelbagai koleksi terkini TikTok  yang merangkumi video-video pendek viral dari dalam dan luar negara secara percuma. Selain kandungan iflix yang sedia ada seperti drama siri dan terbitan drama iflix tersendiri (iflix Original), pengguna-pengguna iflix dapat menikmati lebih banyak kandungan termasuk liburan, komedi, gaya hidup, sukan, haiwan kesayangan dan kandungan hiburan yang akan tiba. 

Menurut Pengurus Operasi Kandungan & Pengguna TikTok Malaysia, Cheah Sheau Mei, “Pengisian kandungan berbentuk hiburan yang lebih santai dan ringkas menjadi satu permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan kami. Pihak kami percaya, dengan adanya perkongsian kandungan bersama iflix, dapat memperluaskan lagi pasaran pengguna di seluruh dunia. Kini, semakin banyak syarikat telah memanfaatkan trend ini sebagai sebahagian daripada strategi kreatif mereka untuk lebih berkembang maju.”

Sebagai permulaan, TikTok selaku platform utama video mudah alih ringkas, berhasrat untuk meningkatkan lagi kesedaran serta pendedahan tawaran aplikasinya melalui koleksi video-video popularnya, yang akan di dipaparkan di saluran TikTok di iflix. 

Jalinan kerjasama iflix dengan perkhidmatan video ringkas utama terkenal di dunia, TikTok, adalah satu lagi langkah ke hadapan untuk strategi pemasaran kandungan syarikat yang bertujuan untuk melonjakkan lagi misi dan pencapaian syarikat yang lebih memuaskan. 

Kata Mark Francis, selaku Ketua Pegawai Konten iflix pula, “Tidak dinafikan, populariti TikTok adalah disebabkan adanya pembikin dan pengguna yang kreatif terutamanya dari golongan Millenial dan Gen Z. Dengan adanya penambahan koleksi video ringkas yang menarik dari platform TikTok, iflix juga menegaskan komitmen kami untuk terus menawarkan kandungan yang terkini bagi faedah pengguna kami.”

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like