Restoran ayam bakar popular dari  Afrika Selatan, Galito’s kini telah membuka cawangan pertama mereka di eCurve Kota Damansara. Restoran makan kasual, Galito’s telah menjadikan Malaysia negara pertama di Asia Tenggara dan sehingga kini Galito’s mengendalikan 150 buah restoran, di 15 buah negara di empat benua. Di Malaysia, Ri-Yaz Global Food adalah pemegang francais utama untuk Galito selain dari Singapura dan Indonesia.

Di antara masakan bertemakan Afrika yang unik terdapat di sini termasuk Galibowl, Liver and Roll, Chilli Beans dan kerepek keledek manis. Galito’s telah diasaskan oleh Louis Germishuys yang ingin berkongsi hidangan terbaik dari Afrika Selatan dengan seluruh dunia, iaitu ayam bakar mereka.

Ayam bakar Galito’s ditawarkan  pada harga RM11.50 untuk suku ayam, dengan satu hidangan sisi pada harga RM13.90 dan dua sides pada RM15.90. Hidangan separuh ayam bermula pada RM17.90 dan banyak lagi hidangan lain yang sesuai untuk keluarga dan juga kanak-kanak.

Cawangan  Galito’s di eCurve terletak di G02-G03, (di sebelah pintu masuk utama eCurve) dan dibuka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini promosi, sila lawat https://www.facebook.com/GalitosMalaysia/ atau hubungi talian 03-6211 0503.

Menu di Galito’s Malaysia

Galito’s – Menu

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like