Semua orang sukakan manisan coklat dan kini terdapat pelbagai pilihan coklat di pasaran. Dalam langkah untuk menjadi salah satu jenama coklat terbaik di dunia, KITKAT telah mengambil inisiatif untuk membuat penambahbaikan kepada resipi KITKAT yang memang amat disukai ramai; dengan menambah lebih banyak susu dan koko sambil mengurangkan kandungan gula dalam produk tersebut.

Kini, produk konfeksioneri utama Nestlé; jenama KITKAT mengumumkan bahawa mereka telah membuat pembaharuan rasa dalam resipi mereka apabila menambah lebih banyak susu dan koko untuk nikmati rasa lebih krim dan lebih coklat.

Melalui kekuatan dalam penyelidikan dan inovasi, KITKAT menukar resipi yang sudah sedia hebat untuk menyediakan coklat yang lebih krim dan lebih coklat malahan masih memberikan keseimbangan rasa sempurna antara coklat dan wafer. KITKAT baharu ini yang “lebih krim, lebih coklat” adalah langkah pertama dalam haluan ke arah menjadikan KITKAT lebih enak dan pada masa yang sama mengikut kehendak pengguna. KITKAT hanya menambah lebih banyak susu dan koko sambil mengurangkan gula, untuk KITKAT lebih enak dan pada masa yang sama mengikut kehendak pengguna.

Resipi yang dipertingkatkan ini akan menggantikan rangkaian coklat susu KITKAT semasa, termasuk KitKat 2 jari, 4 jari, serta KitKat CHUNKY, dan akan diperkenalkan dengan ungkapan ‘More Creamy, More Chocolatey’ yang tertera di rekaan bungkusan baru yang akan berada di rak-rak pasaran mulai bulan Mac 2018.

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like