Sejak ia mula ditubuhkan, Bell & Ross telah mengambil inspirasi rekaan jam tangannya dari sejarah penerbangan. Ini telah mencetuskan sebuah koleksi Vintage yang memberi penghormatan kepada era bermulanya pengembaraan aeronautik yang hebat. Setiap siri jam tangan Bell & Ross menandakan peristiwa penting arena penerbangan dalam sebuah kronologi.

Koleksi Vintage ini telah membuat debutnya semasa tahun terawal penubuhan Bell & Ross. Jam tangan dari koleksi ini berbentuk bulat, bentuk jam yang paling klasik. Kiraan masanya dari pelbagai komposisi, seperti chronograph, fungsi Flyback, zon waktu berganda, tarikh, dan juga tangan kedua yang kecil. Koleksi Vintage secara berhati-hati menghormati asal usul tercetusnya koleksi klasik ini dan sebahagian besar dari inspirasinya adalah dari kod ketenteraan. Vintage adalah sama seperti  jam tangan ikonik BR 01, Bell & Ross, tetapi dengan bentuk bulat.

Koleksi Vintage Bell & Ross dikeluarkan sejak tiga generasi dahulu. Original Collection adalah generasi pertama, 2nd Generation dan terkini 3rd Generation.

Original Collection

 

2nd Generation

 

3rd Generation

Vintage Generasi Ketiga telah melalui pelbagai inovasi. Sentuhan moden telah ditambah ke dalam rekaan koleksi ini seperti rekaan semula diameter dan ketebalan bahagian jam. Perinciannya juga telah diperbaiki supaya gabungan sofistikated dan fungsi optimal dapat dialami oleh pemilik jam. Harga koleksi Vintage generasi ketiga dari Bell & Ross ini adalah dari RM9,600 dan RM20,300.

Maklumat lanjut, layari www.bellross.com/mods/watches/BR-Vintage-2017

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like