Rambut adalah mahkota wanita dan rambut yang sihat bermula dengan kulit kepala yang sihat. Sebagai rutin yang sering kali tidak diendahkan, penjagaan kulit kepala sama pentingnya dengan penjagaan kulit.

Untuk itu, antara cara yang terbaik adalah dengan rutin penjagaan kebersihan rambut dan kulit kepala yang sempurna untuk memberi kebersihan menyeluruh.

CLEAR Malaysia telah melancarkan senarai produk penjagaan rambut terbaharunya – Siri CLEAR Micellar Scalp Therapy yang merupakan produk micellar pertama dan 0% silikon dari CLEAR. Pengguna boleh membuat pembelian produk mulai hari ini di cawangan Guardian yang berhampiran.

CLEAR Micellar Scalp Therapy

Produk ini turut diperkaya dengan ekstrak bahan-bahan semulajadi, 0% silikon dan paraben. Selain itu, produk ini juga membantu membuatkan rambut terasa lembut, ringan dan pada masa yang sama memberikan kesegaran kepada rambut anda. Dengan adanya kesan bahan aktif anti-kelumumur juga membantu menghilangkan mikrob dan menghalang kelemumur daripada kembali*.

Senarai produk Micellar CLEAR didatangkan dalam lima (5) varian yang terdiri daripada syampu dan perapi. Ciri-ciri utama produk penjagaan rambut ini adalah sebagaimana berikut

 

  1. Formula Micellar

Senarai produk syampu dan perapi baharu daripada CLEAR mengandungi formula Micellar yang merupakan gabungan molekul-molekul permukaan yang menyerap air dan minyak, dikenali sebagai micelle. Molekul-molekul ini melekat dengan minyak dan kotoran di kulit kepala seperti magnet dan membantu membersihkan kotoran, minyak dan sebarang bahan pencemar alam sekitar secara lembut untuk kulit kepala. Syampu pula menghasilkan buih yang banyak untuk membuang kotoran dengan lebih berkesan daripada liang kulit kepala dan helaian rambut.

 

  1. Ekstrak Bahan-bahan Semulajadi dengan 0% silikon dan paraben

Ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan 0% silikon dan paraben bertindak lembut untuk kulit kepala. Siri ini berada di skala pH 5.5, iaitu tahap asid lemah yang tidak akan memberi kesan kepada kulit kepala. Ia mengurangkan keradangan dan kerengsaan kulit kepala akibat mikrob & bahan kimia berbahaya. Ini membolehkan lembapan masuk ke dalam rambut dan menghasilkan rasa ringan dan bau segar kepada rambut.

 

  1. Mengelakkan kelemumur

CLEAR Micellar Scalp Therapy juga mengandungi bahan-bahan aktif anti-kelemumur. Ia membantu menghilangkan mikrob untuk rambut yang bebas kelemumur*. Daripada membersih, menghidrat, memperkuat sehinggalah kawalan minyak, terdapat pelbagai pilihan untuk setiap jenis rambut dengan fungsi-fungsi unik yang ada.

Formulasi untuk senarai produk syampu dan perapi ini dihasilkan dengan teliti bagi menjadikan kulit kepala anda bersih dan boleh bernafas, dengan rambut yang terasa ringan dan berbau segar. Pengguna boleh memilih daripada lima (5) varian yang ada bergantung kepada keperluan kulit kepala mereka.

Harga 

Siri CLEAR Micellar Scalp Therapy boleh didapati dengan harga RM29.90 untuk syampu dan RM29.90 untuk perapi sekarang; dan varian baharu di Guardian boleh didapati dengan potongan 15% (RM25.40) sehingga penghujung November 2019.

Untuk maklumat lanjut, hubungi CLEAR melalui laman Web, Facebook atau Instagram.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like